
Pelakon, Hazeeq Dean enggan mengiyakan mahupun menidakkan berhubung foto yang tular didakwa mirip wajahnya sedang bercium dengan seorang aktres yang tersebar dalam media sosial sekitar Ogos lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Babak Bercium Daiyan Trisha & Hun Haqeem Keterlaluan – ‘Dah La Dua-Dua Pelakon Muslim’
‘Tidak tahu’
Mengakui ada privasi beberapa pihak yang perlu dihormati, Hazeeq atau nama sebenarnya Mohamad Haziq Nazimuddin, 28, berkata, dia memilih untuk tidak mengulas panjang kerana fokusnya adalah kepada bidang lakonan.
Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu yang viral ini. Sejak menceburi bidang lakonan, tumpuan saya hanya pada kerja iaitu terlibat dalam drama, filem dan pada masa sama, bisnes saya juga semakin berkembang.
Fokus saya sekarang hanya pada kerjaya. Apa-apa yang viral, saya tak mahu komen kerana bagi saya lebih baik jaga privasi semua pihak. Saya pun tak mahu mengiyakan atau menidakkan apa-apa yang berlaku.
Hazeeq berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Safira (Bukan Nama Sebenar) terbitan iQIYI Malaysia di Pavilion Damansara Heights, pada Rabu.
Mengulas lanjut, bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 itu berkata, dia enggan terbeban dengan gosip yang tidak memberi sebarang manfaat kepada diri mahupun kerjaya seninya.
Saya nak fokus pada benda-benda yang positif dan boleh bantu saya berkembang. Misalnya, perbaiki mutu lakonan dan terus belajar jadi pelakon yang lebih baik.
Kalau ada benda yang tular, itu bukan hak saya untuk komen. Apa pun yang orang nak cakap, itu di luar kawalan kita. Selagi saya boleh fokus pada kerja, saya okey saja.
Ditanya mengenai status hubungannya dengan aktres dalam gambar berkenaan, Hazeeq mengambil pendekatan berdiam diri dan menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Soal hubungan cinta ini terlalu privasi. Bila tiba masa dan saya dah bersedia, barulah saya akan kongsi dengan semua.
Buat masa sekarang, saya lebih selesa untuk simpan hal ini sendiri. Kalau ada orang yang nak percaya atau andaikan sesuatu, terpulanglah.
Sesiapa yang terserempak dengan saya di luar mungkin tahu saya dengan siapa, tapi untuk saya umumkan, belum tiba waktunya lagi. YTJY (yang tahu je tahu).