Pelakon, Fasha Sandha berkongsi rasa gembira kepada umum apabila dia berjaya menurunkan berat badan hasil daripada tidak makan nasi selama dua minggu dan konsisten melakukan senaman. Tahniah!
Tak makan nasi dua minggu
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Fasha meluahkan rasa syukur melihat perubahan berat badan yang dialaminya selepas bersusah payah untuk mencapai hasratnya mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Alhamdulillah tak makan nasi 2 minggu je and hari-hari workout berat turun 3.8kg. Tapi keseronokan tu macam turun 38 kg. Oh ya, mengikut ketinggian saya, saya tak overweight mahupun obese. Bmi saya kategori normal. Tapi saya nak runcing lagi untuk pengambaran watak heavy bulan 12 nanti. Doakan saya ya.
Tambah Fasha, dia terpaksa memilih kaedah secara semula jadi dan akui alami halangan serta kesusahan untuk menurunkan berat badan disebabkan oleh genetiknya.
Memandangkan saya tak memilih jalan pintas dan singkat, kena la berseksa dan struggle. Jujur cakap, genetik saya genetik besar-besar. Jadi memang kena mental kuat nak kurus ni. Doakan saya road to 60 berjaya ya kesayanganku. Personal trainer saya cakap, saya kena berbangga, sebab pernah mengandung 5 kali (2 kali keguguran) dan pernah melahirkan C-ser 3 kali, tapi BMI masih normal.
Sumber: Fasha Sandha