berita

Tak Makan Nasi Lebih Setahun, Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 45kg!

November 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kesihatan & Hidup Aktif

Ramai dari kalangan wanita pastinya mengimpikan untuk memiliki susuh tubuh yang cantik dan ideal. Pelbagai cara sanggup dilakukan golongan ini semata-mata untuk memastikan tubuh mereka tidak kelihatan gemuk sepanjang masa.

Buat mereka yang kini memiliki bentuk tubuh yang agak ‘sihat’ dan bercita-cita untuk mendapatkan badan yang langsing, apa kata baca perkongsian gadis ini yang telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 45kg dalam masa setahun sahaja.

Diet atkins

Menerusi perkongsian gadis ini di laman Twitter miliknya, dia memaklumkan dirinya telah kehilangan sebanyak 45kg sejak melalui proses diet dari Oktober tahun lalu. Mengamalkan diet jenis atkins, dia berkata dirinya tidak pernah mengambil nasi sejak dari itu malah turut mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman seharian.

Makan lauk

Tambah gadis itu, dia hanya mengambil makanan berupa lauk sahaja sebagai sajian makanan tengah harinya. Meskipun tidak mengambil nasi, katanya dia akan memastikan pengambilan sumber zat yang mencukupi iaitu protein, karbohidrat dan fibre dalam setiap sajian tengah harinya.

Kurangkan manis, minum air lemon

Gadis itu turut menjadikan air lemon sebagai minuman wajibnya pada setiap waktu pagi dan malam. Katanya, ia akan membantu untuk mempercepatkan proses pencernaan.

Workout jangan lupa!

Dia juga turut mengingatkan mereka yang berhasrat untuk menurunkan badan supaya tidak lupa untuk workout dan melakukan plank sekurang-kurangnya selama 5 minit sehari.

Cheat day

Katanya, ada juga sekali sekala dia melakukan cheat day buat dirinya kerana tidak terlepas dari godaan nafsu makanan. Menurutnya, ia tidak salah untuk dilakukan namun yang pastinya perlu segera kembali on-track dan menyambung semula proses diet.

Bagaimanapun ujar remaja ini, setiap individu mungkin mempunyai cara diet yang berbeza. Namun baginya yang penting adalah perlu menjaga pemakanan dengan baik. Ok! Selamat mencuba semua.

Sumber: Twitter zubiedaboudjit

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×