Bekas isteri kepada penyanyi Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah kecewa dengan sikap bekas suami yang mementingkan membeli ‘bahan terlarang’ berbanding membayar nafkah anak-anak.
Artikel berkaitan: Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin, Berdepan Penjara Sehingga 5 Tahun
Artikel berkaitan: [VIDEO] Pengunjung Konsert Terus ‘Blah’ Sebab Tak Puas Hati Cliff Umar Nyanyi Lupa Lirik?
‘Beli dadah boleh pula’
Memetik laporan Harian Metro, dia membuat tuntutan nafkah yang sangat rendah kerana memahami kesulitan yang dihadapi Cliff itu.
Peguam saya pun terkejut. Dari tuntutan sebanyak RM500,000 ke atas, sekarang sudah makin rendah kerana tuntutan lain saya ketepikan sebab tengok keadaan dia.
Saya minta nafkah anak, mutaah dengan iddah saja. Namun, itu pun Cliff tak nak bagi kerjasama. Peguam beritahu ini rundingan paling mudah sebab biasanya orang akan tuntut habis, tapi saya sebaliknya.
Saya minta yang penting saja. Itu pun secara ansuran dan bila dia mampu bukannya mendadak. Macam biasalah, dia kata kerja tak menentu dan dia tak mampu tapi macam mana dia boleh miliki dadah yang mahal harganya?
Dalam pada itu, Zurini bersyukur sudah bekerja sebagai penyelia hotel terkemuka di Kuching, Sarawak sekaligus dapat menyara anak-anaknya.
Anak-anak dah pandai jaga diri sendiri kat rumah. Walaupun gaji saya separuh dari apa yang saya perlukan untuk sara mereka, tapi saya bersyukur sebab dah ada kerja.
Sejak bekerja macam-macam rezeki masuk. Saya ditawarkan kerja di tempat lain dengan pangkat dan gaji lebih tinggi tapi saya kena fikir panjang kerana nak pindah rumah kena pakai duit banyak.
Saya pun baru nak masuk empat bulan kerja. Bagi saya semuanya baik-baik saja kerana saya sukakan kerja ini.
Terdahulu, Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memiliki heroin.
Pada 26 Mei, dia didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor pada jam 3.30 petang.
Untuk rekod, Zurini dan Cliff pernah berkahwin pada 2008 dan bercerai pada 2019.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki berusia 15 dan 12 tahun yang menghidap autisme dan seorang perempuan berusia sembilan tahun yang mempunyai ciri-ciri disleksia dan akan menjalani pemeriksaan lanjut 2 Julai nanti untuk penilaian kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).
Sumber: Harian Metro