Isu transgender atau lebih dikenali dengan istilah mak nyah ataupun pondan bukanlah perkara baru di Malaysia. Malah jika dilihat perkara ini sering menjadi pendebatan antara ahli-ahli ilmuwan memandangkan ianya melibatkan agama. Keadaan semakin parah apabila ada segelintir transgender dilihat semakin berani mencabar untuk terus mengamalkan budaya yang bertentangan dengan nilai moral sebagai manusia itu.
Terbaru, di rancangan Analisis, seorang cikgu kongsi pengalaman sepanjang 31 tahun bergelar ‘pondan’. Dia turut menasihati agar trangender di luar sana agar kembali kepada fitrah asal.
Mula ketagih sejak dicabul 5 tahun
Jefferi Mohd Nor merupakan seorang cikgu mengaku tidak pernah tahu jalan pulang dan menjalani pembedahan plastik. Walaupun sudah ditegur ibu sendiri, namun dia tetap berkeras melayan nafsu songsang.
Saya bergelumang dalam dunia pondan dari kecil sampai umur 51 tahun. Saya pernah dicabul pada umur 5 tahun. Sejak daripada itu, saya mula ketagih.
Menurut cikgu Jefferi, perkara pertama untuk berubah jadi transgender adalah wajib meninggalkan semua kawan-kawan ‘maknyah’, ‘pondan’ atau ‘pengkid. Kebiasannya pergaulan begini boleh mempengaruhi golongan mereka untuk menjadi transgender.
Sanggup menentang kementerian pendidikan
Saya memilih secara total untuk menjadi pondan. Saya balik kali pertama sebelum posting. Saya pakai skirt dan bawa balik balik seorang boyfriend berbangsa Inggeris. Ibu saya terkejut. Dan ketika itu dan seterusnya, saya tak ingin patah balik kerana bagi saya itulah dunia saya.
Saya sanggup menentang kementerian pendidikan, jadi saya tak takut. Sebab itu jihad dalam perjuangan ‘pondan’ ini memang hebat. Sebab itu kita kena tegas untuk golongan transgender begini.
Menurut cikgu Jefferi yang merupakan lepasan Maktab Perguruan Sultan Ibrahim (MPSI), dia mula berkecimpung dalam dunia pondan ketika umur 22 tahun sewaktu menunggu untuk penempatan guru. Di dalam waktu sebulan tersebut, dia bertemu dengan kawan transgender seorang ‘mak ayam’ di kampungnya sehingga membuatkan dia terjerumus dalam dunia gelap ini.
Malah dia turut akui ketika itu dirinya sangat berani kerana sanggup melawan Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia kerana berpakaian wanita di sekolah.
Tak mampu beli hati ibu dengan wang ringgit
https://www.youtube.com/watch?v=Qkg3o0otd-M
Meskipun dia seorang anak yang rapat dengan ibu, namun perbuatannya tidak pernah direstui malah sering dicemuh oleh ibunya sendiri. Namun kekuatan untuk berubah yang dilakukan hari ini adalah dari seorang ibu yang tak pernah berhenti berdoa untuk dirinya.
Ibu saya seorang wanita yang hebat. Saya beri harta, bawa pergi melancong. Setiap kali pergi melancong, pakai seksi. Setiap kali itu dia marah saya dan jijik tengok saya. Saya hanya senyum dan rilek. Namun jauh dalam hati saya, saya tak mampu beli hati ibu saya dengan wang ringgit.
Tambahannya lagi, ibu tidak pernah putus asa untuk menegur dan mengingatkan dosa-dosa besar sehingga hari demi hari dia memilih untuk berubah. Walaupun naluri ingin kepada pasangan sejenis sukar diubah, dia tetap belajar untuk menjadi seorang lelaki.
Mengakhiri temuramah tersebut, cikgu Jefferi menasihati agar trangender di luar sana berubah kepada fitrah dan beringat bahawa kita berada di Malaysia iaitu sebuah negara Islam.
Hentikan dan jangan keterlaluan. Perbuatan anda boleh merosakkan negara, bangsa dan negara sendiri.
Sumber : Analisis, Finaz Yunus