berita

‘Tak Mampu Berpura-Pura’ – Muat Naik Status Di IG Story, Sharnaaz Disuruh Berhenti Berlakon?

June 22nd, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, sebelum ini Sharnaaz sering meluahkan segala isi hatinya menerusi laman Instagram miliknya. Walaupun secara berkias, status yang dimuat naik pasti mendapat perhatian ramai.

Terbaru, pelakon filem Juvana ini memuat naik status di Insta Story miliknya mengundang tanda tanya orang ramai. Menurutnya, dia tidak mampu lagi terus berpura-pura dan ingin menjadi dirinya sebenar. Sharnaaz turut memberitahu tiada siapa dapat halang dirinya dari berhenti berlakon.

Saya pelakon tak mampu berpura-pura

Saya pelakon, saya adala No 1 dengan setiap apa saya lakukan

Tidak tahu apa dimaksudkan, Sharnaaz memaklumkan dia tidak mampu berlakon menjadi diri orang lain.

Awak bukan bos kepada saya

Tiada satu orang pun yang boleh hentikan dari apa yang saya sedang lakukan iaitu berlakon. Awak bukan bos kepada saya. Saya bos kepada diri saya.

Kenapa perlu bikin gimik?

Lain macam juga status kali ini, agaknya apa yang cuba disampaikan oleh Sharnaaz? Semoga ini cuma sekadar pandangannya tidak ada kena mengena antara hidup ataupun yang mati.

Sumber : Sharnaaz Ahmad

 

SKIP THIS AD ×