Malang nasib yang menimpa seorang gadis yang dikenali sebagai Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun, yang dijumpai mati dibunuh dalam kejadian samun. Kejadian ngeri ini berlaku di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu.
Dibunuh dengan kejam!
Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada jam 2.30 petang semalam, dan ketika kejadian mangsa ditemui tertiarap di bahagian ruang tamu oleh adiknya Siti Nur Syuhada, yang ketika itu baru sahaja pulang dari sekolah.
Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Menurut abang mangsa yang dikenali sebagai Mohd Zaid Azroi, dia hanya menyedari tentang kejadian tersebut setelah dihubungi adiknya (Syuhada) ketika dia sedang bekerja. Ketika kejadian, hanya ibunya sahaja yang berada di rumah, namun, ibunya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlantar sakit. Tambahan pula, ibunya turut menghidap penyakit kanser otak.
Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi.
Jelas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, siasatan kini masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan siasatan awal, pihaknya mempercayai ia dilakukan oleh seorang individu.
Ingat kakak kena karan
Saya ingat kakak kena karan (arus letrik), saya terus telefon ayah.
Adik kepada mangsa, Syuhada, ketika itu sempat menelefon ayahnya bagi memberitahu akan apa yang telah terjadi kepada kakaknya. Pada awalnya, dia sudah mengesyaki sesuatu yang berlaku kepada kakaknya, kerana kakaknya tidak menjawab panggilan yang dibuat olehnya selepas habis waktu persekolahan.
Lazimnya, sudah menjadi rutin kakaknya yang akan mengambilnya dari sekolah, namun semalam kakaknya tidak datang mengambilnya seperti biasa. Tambahan pula, Syuhada ketika itu sempat membuat beberapa panggilan kepada kakaknya, sebelum bergegas pulang ke rumahnya yang terletak kurang dari satu kilometer dari sekolah.
Sebaik tiba di perkarangan rumah saya lihat pintu terbuka dan segera masuk sebelum melihat kakak tertiarap di depan televisyen di ruang tamu dengan pergelangan tangan kirinya putus.
Tanpa membuang masa, Syuhada ketika itu menghubungi bapanya, Ismail Muda, untuk memberitahu kakaknya terkena karan yang menyebabkan tangan kiri putus.
Sudah agak dibunuh
Gambar sekadar hiasan
Ketika anak telefon, saya sedang bekerja di Kampung Banggol Katong, Bukit Payung, kira-kira lima kilometer dari rumah. Saya sudah agak ada orang masuk rumah dan bunuh anak saya.
Ketika dihubungi, Ismail pada mulanya sudah mengagak anaknya (Surya) telah dibunuh kerana pergelangan yang sudah putus. Tambahan pula, dia turut menjangkakan kejadian itu berlaku sebelum jam 10 pagi, kerana bubur nasi yang telah dibeli masih belum terusik dan lampin pakai buang isterinya, masih basah yang menandakan ia masih belum ditukar.
Ketika kejadian, mangsa dipercayai bergelut dengan perompak terbabit sebelum dibunuh, manakala isterinya ketika itu menjadi saksi utama kerana terlantar di atas katil dan tidak mampu berbuat apa-apa. Perompak tersebut berjaya melarikan kira-kira RM 2,400 serta dua telefon bimbit milik mangsa yang disimpan dalam beg tangannya.
Sumber: Harian Metro & Mohd Redzuan Abdul Manap