berita

Tak Mampu Kerja Kerana Jaga Anak, Kisah Lelaki Kematian Isteri Ini Jadi Tanda Tanya Netizen

June 3rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Bukan semua dilahirkan bernasib baik, ada yang terpaksa menempuh ujian berat dalam hidupnya. Seperti perkongsian wanita ini yang bersimpati dengan nasib seorang lelaki yang dipercayai warga Indonesia. Pada awalnya dia sekadar menegur lelaki ini bersama anak kecil yang terbaring di lantai, rupanya lelaki ini kehilangan isterinya sejak anak kecil lagi. Sedihnya.

Anak kecil tidur atas lantai

Asslamualaikum guys. Hari ni kak cah ada story sikit berkaitan dengan gambar di bawah. Setiap hari bila kak cah pergi klinik, nampak dua beranak ni kat bawah spa kak cah dekat speedmart. Setiap hari tengok, ada sesuatu terasa..Kesiannya..Mana mak dia. Kenapa anak kecil tu tidur macam tu. Kenapa bapaknya duk situ hari-hari. Rasa macam nk tanya macam je kat orang tu tapi tak dapat sebab balut nak gi klinik.

Hari ni, tadi pagi kak cah pergi Airawa Spa Batu Caves. Naik la kejap lepas settle check up sesi pagi, klinik kan depan spa je. So turun kul 2pm appoinment petang di klinik. Kak cah nampak, dia ada kat bawah tengah kipas anak dia sedang tidur. Kak cah dengan spontan nya tanya. Mana mak dia. Abg tu jawab..Maknya meninggal..(bahasa mcm indo)

Menurut wanita ini dia sering kali melihat individu ini bersama anak kecilnya di luar sebuah premis. Apabila ditanya isteri dikatakan sudah meninggal dunia dan kini dia tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anak.

Isteri meninggal sejak lahirkan anak

Kak Cah : Bila mak dia meninggal?
Abang tu : Sejak dia lahir lagi
Kak Cah : Abang takde rumah ke?
Abang tu : Ada tapi saya tak mampu nak bayar sewa bilik..
Kak Cah : Abang tak kerja ke?
Abang tu : Saya tak boleh kerja sebab tak ade orang jaga anak, jadi saya duk sini mintak sedekah untuk makan(sambil tunjuk bekas sedekah )
Kak Cah : Sebelum ni abang kerja tak?
Abang tu : Saya kerja dulu
Kak Cah : Kerja apa..apa abang pandai buat?
Abang tu : Saya kerja bt wiyer
Kak Cah : Abang pandai drill tak?
Abang tu : Iya pandai kak..
Kak Cah : Saya ada langsir nak kena pasang..abang boleh buatkan..saya bagi kerja kat abang..
Abang tu : Boleh boleh. Tapi kalau saya bawak anak sekali boleh kah?
Kak Cah : Boleh boleh

Jam pon menunjukkan dah lewat kena pergi appointment. Tanya dia ada tepon tak, dia tak ada tepon..dia ckp takpe kak..esok saya ada je kat sini..akak boleh datang sini sahaja. Sedih tengok macam tu, anak berpanas, tidur ats lantai. Ayah tak boleh kerja sebab ada anak kecik, wewa bilik untuk bermalam sahaja..siang keluar mintaa sedekah. Disaat kita merasa susah..Ada orang lain lagi lagi susah. Takta hu dah nak cakap apa. Sedihh sangat sebab anak dia kecik lagi. Sape pernah tengok abang ni..Nama dia Ibrahim.

Rata-rata bersimpati dengan nasib lelaki yang dikenali sebagai Ibrahim. Namun tak kurang juga mempersoalkan kisah ini benar atau hanyalah taktik licik untuk menipu orang ramai.

Ramai bersimpati

Ada yang musykil

 

Sumber : Wan Aisyah Aisyahh

SKIP THIS AD ×