Baru-baru ini viral perilaku jijik seorang lelaki yang bertindak mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah tempat awam. Kejadian yang berjaya dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV) itu memperlihatkan lelaki tersebut mencabul dengan menyentuh kemaluan mangsa dan ia berlaku di tandas awam sebuah surau.
Susulan daripada itu, polis dilaporkan telah berjaya menangkap suspek terbabit selepas usaha mengesannya dilakukan.
Serah diri
Menerusi laporan Harian Metro, suspek tersebut ditahan selepas hadir untuk menyerah diri di Balai Polis Bedong pada jam 3 petang semalam. Suspek berusia 31 tahun dan dikatakan bekerja sebagai kelindan lori.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat, suspek menyerah diri dan mengaku jenayah yang dilakukannya pada 13 Disember lalu itu.
Suspek menyerah diri dan mengaku melakukan jenayah cabul terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu.
Sempat larikan diri
Jelas Shamsudin, pihak polis sebelum itu telah membuat dua serbuan ke rumah suspek yang terletak di Bedong namun suspek tidak berada di rumah.
Katanya susulan daripada itu, polis merampas sehelai baju berwarna biru gelap yang bertulis ‘Keluarga’ dipercayai dipakai mangsa ketika kejadian cabul tersebut dilakukan.
Sebelum ini polis melakukan dua serbuan ke rumah suspek di Bedong tetapi lelaki terbabit tiada di rumah dipercayai melarikan diri sejak video perlakuannya tersebar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: Harian Metro, Astro Awani