berita

Tak Mampu Menyewa, Pasangan Ubah Suai Bangunan Lama Jadi Tempat Tinggal Selesa!

October 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi Facebook Kelab Kaki Deko, Sha Faheeda Al-Baity berkongsi kisah mengenai kehidupannya dengan suami setelah berhenti kerja disebabkan wabak Covid-19.

Di samping itu, wanita ini turut berkongsi beberapa foto transformasi yang dilakukan olehnya dan suami terhadap sebuah bangunan lama yang kini menjadi kediaman mereka sekeluarga.

Berhenti sebab Covid-19

Assalammualaikum. Saya suami isteri dah lama berhenti bekerja disebabkan covid19. Sebab kami berniaga dalam IPTA/IPTS. Disebabkan semua IPTS tutup, jadi kami pun tiada pendapatan. Oleh itu, simpanan pun makin susut. Suami dia buat kerja part time bertukang. Oleh sebab tak mampu menyewa, saya minta izin dengan mak saya untuk guna tanah peninggalan atuk. Untuk tinggal sementara. Untuk pulihkan ekonomi keluarga balik.

Jadi saya minta tempat yang paling lama lar. Yang tiada orang nak tinggal. Jadi mak saya izinkan. Sebab dia pun nak buat rumah ini untuk berkumpul anak cucu dia. Jadi dengan modal terhad, saya dan suami ubah suai bangunan lama ini kepada tempat yang selesa untuk kami sekeluarga. Rumah yang luas ini buat dua bilik sahaja supaya cucu-cucu mak saya boleh berlari. Sebab cucu ramai.

Rumah ni belum masuk wiring lagi. Nanti boleh la saya deko sikit-sikit rumah sementara ini. Agak-agak ada ke nak panggil kami untuk upah buat rumah korang nanti. Mana tahu ada rezeki. Terima kasih admin sudi post hasil kerja kami suami isteri. Hasil tiga minggu siapkan rumah ini.

Foto Transformasi

Sumber: Sha Faheeda Al-Baity via Kelab Kaki Deko

SKIP THIS AD ×