berita

‘Tak Mampu Nak Bayar RM50k’ – Syed Saddiq Mohon Kaji Semula Keperluan Lesen Finas

July 23rd, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan berkata penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem masing-masing. Keperluan itu termasuklah melalui saluran tradisi dan media sosial.

Artikel berkaitan: Segala Bentuk Penggambaran Perlu Ada Lesen FINAS Termasuk TikTok & Instagram

Tambahnya lagi, video di aplikasi media sosial seperti Tiktok dan Instagram juga perlu memohon lesen. Perkara ini ternyata mengundang rasa tidak setuju orang ramai kerana dianggap menyekat kreativiti anak muda berkarya. Hal ini turut dibantah oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Tak mampu nak bayar RM50,000

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Saya merayu & mendesak, kaji semula!

Anak muda, content creators tak mampu nak bayar Rm50,000 untuk Lesen Finas.

Jangan bunuh creativity anak muda.

jangan jejaskan pendapatan ratusan ribu anak muda!

Syed Saddiq meminta keperluan perlesenan bagi video dan filem dikaji semula. Ini kerana keperluan ini turut menjejaskan anak-anak muda yang mencipta creative content tersendiri di media sosial. Beliau menyebut beberapa nama yang menjadi ikutan ramai seperti Mat Lufti, Maxmantv, Sofyank dan ramai lagi.

YB pun ada Tiktok

 

View this post on Instagram

 

Semua kena apply lesen? You’ve gotta be kitten me ?

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Beliau turut menzahirkan pendapat menerusi satu video di aplikasi Tiktok.

Sumber : Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×