berita

Tak Mohon Pun Boleh Dapat Kerja, Portal GREaT Padankan Graduan Dengan Kerja Kosong Secara Automatik!

October 21st, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Sejak COVID-19 melanda negara kita, ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Kalau sebelum ni pun susah betul nak cari pekerjaan, apatah lagi dalam musim pandemik ni. Begitu jugalah dengan nasib graduan yang baru sahaja menamatkan pelajaran.

Tapi, berita baik untuk para graduan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan sebuah portal sehenti Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT) sebagai usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Dengar cerita, ada banyak peluang pekerjaan yang tersedia. Jom kami kongsikan dengan lebih lanjut!

ICMA

Kalau korang nak tahu, GREaT telah dilancarkan pada 28 September 2020 lalu dan merupakan portal sehenti kepada graduan untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya dan menyambung pengajian, penajaan, program keusahawanan dan latihan kemahiran.

Mudah kan? Hanya dengan satu portal, korang dah boleh dapatkan semua maklumat dan peluang!

Kadar kebolehpasaran graduan menurun sebanyak 1.8% pada 2020

Tahun lepas, KPT telah melaksanakan Kajian Pengesanan Graduan 2020 dan mendapati bahawa kadar kebolehpasaran graduan adalah 84.4% berbanding 86.2% pada tahun 2019.

Keseluruhannya, seramai 40,550 responden graduan warganegara masih belum bekerja dalam tempoh 6 bulan setelah menamatkan pengajian mereka.

JobMatching@GREaT, temupadankan graduan dengan tawaran kerja

Sedar tentang kesukaran graduan untuk mendapat peluang perkerjaan, KPT dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membangunkan Modul Pemadanan Pekerjaan (JobMatching@GREaT) di Portal GREaT.

Menariknya, portal ini akan membantu graduan mendapatkan pekerjaan mengikut kelayakan dan kompetensi mereka tanpa perlu memohon dengan industri pun! 

King’s College London

JobMatching@GREaT akan memanfaatkan data graduan dalam pangkalan data Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) untuk dipadankan dengan kekosongan jawatan dalam industri atau syarikat berdaftar.

Bukan itu je, portal ini juga akan memudahkan industri dan syarikat untuk mencari pekerja dengan kaedah tapisan data secara automatik dalam SKPG.

Industri boleh memilih kriteria graduan yang mereka perlukan seperti program dan peringkat pengajian, nama atau jenis IPT, purata nilai gred kumulatif (PNGK), band MUET, kemahiran bahasa ketiga dan banyak lagi!

Modul JobMatching@GREaT, melangkah ke hadapan

KPT amat prihatin dan komited dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan IPT negara. Atas sebab itulah, fungsi Portal GREaT akan diperluaskan dengan menambah modul-modul yang bersesuaian, mengembangkan pemadanan data pelajar tahun akhir dengan latihan industri dan program perantisan (Apprenticeship). 

KPT juga berharap, Portal GREaT ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada ekonomi negara. Syabas, KPT!

Kalau korang merupakan graduan yang belum bekerja dan majikan yang mencari pekerja, korang boleh layari Portal GREaT untuk maklumat lanjut!. Semoga berjaya!

SKIP THIS AD ×