berita

Tak Naik Pesawat Sriwijaya Air Tapi Nama Ada Dalam Senarai Nahas, Rupanya Kawan Guna….

January 14th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia tahu, pesawat komersial Sriwijaya Air telah terhempas di perairan Kepulauan Seribu selepas hilang dari radar. Pesawat tersebut dipercayai berlepas dari Jakarta menuju ke Pontianak. Ekoran daripada itu, kesemua nama penumpang dan anak kapal telah dikeluarkan.

Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila seorang gadis ini terkejut apabila melihat namanya terdapat dalam senarai mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air.

Nama dalam senarai nahas

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Regional Kompas, gadis yang dikenali dengan nama Sarah Beatrice Alomau mengakui sangat terkejut melihat namanya berada dalam senarai nahas sedangkan dia langsung tidak menaiki pesawat berkenaan.

Menurut sumber, Sarah menyedari kejadian itu selepas menonton televisyen di rumahnya. Sarah yang berusia 19 tahun itu walau bagaimanapun mengesyaki rakan sekerjanya iaitu Selvin Daro telah menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan itu.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa adik Sarah Beatrice Alomau yang disebutkan dalam kemalangan pesawat Sriwijaya Air SJ-182 masih hidup dan tidak berada dalam penerbangan tersebut.

Guna kad pengenalan orang lain

Sementara itu, Sarah memaklumkan bahawa dia tidak pernah memberikan kad pengenalannya kepada sesiapa termasuklah Selvin. Malah sehingga kini, kad pengenalan tersebut masih ada bersama Sarah. Oleh itu, ada kemungkinan rakan sekerjanya itu telah menggunakan salinan kad pengenalan Sarah untuk membeli tiket penerbangan.

Tetapi apa yang lebih menjadi tanya tanya adalah bagaimana Selvin boleh melepasi pemeriksaan penerbangan dengan menggunakan nama individu lain. Difahamkan sehingga kini, mereka juga tidak mengetahui keberadaan Selvin.

Sumber: Regional Kompas

×