Pelakon terkenal dari Indonesia, Nikita Willy yang kini berusia 28 tahun akhirnya mendedahkan sebab memilih Amerika Syarikat (AS) sebagai tempat untuk melahirkan anak sulungnya bersama suami, Indra Priawan.
Artikel berkaitan: Kurang Tidur & Tidak Sempat Bersolek, Nikita Willy Akui ‘Postpartum’ Sukar
Artikel berkaitan: Pilih Hospital Terkemuka Di Amerika Syarikat Untuk Bersalin, Anak Sulung Nikita Willy Bakal Disambut Doktor Kylie Jenner
‘Saya berasa beruntung kerana tidak dikunjungi ramai orang’
Menurut Nikita, dia dan suami memilih Amerika Syarikat berbanding Indonesia kerana mahu menikmati waktu berpantang tanpa kehadiran tetamu yang ramai. Tambahnya lagi, dia juga dapat berehat dengan secukupnya selain dapat menenangkan fikiran.
Selepas bersalin, saya memerlukan waktu untuk menenangkan diri. Saya tidak mahu bertemu dengan ramai orang. Jadi saya memilih untuk bersalin di AS.
Nikita akui, keputusan itu agak berat buat dirinya dan suami lebih-lebih lagi apabila ahli keluarga turut bersedih kerana terpaksa berjauhan namun Nikita percaya, perkara itu secara tidak langsung dapat mengajar dirinya dan suami menjadi ibu bapa yang lebih baik.
Saya berasa beruntung kerana tidak dikunjungi ramai orang. Walaupun ada segelintir keluarga dan rakan-rakan kecewa, tapi itu adalah keputusan terbaik saya.
Nikita Purnama Willy telah selamat melahirkan anak lelakinya, Issa Xander Djokosoetono pada 7 April lalu di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles. Nikita telah mendirikan rumah tangga dengan Indra Priawan pada 16 Oktober 2021.
Sumber: Tribunnews