berita

Tak Nak Kerja Bertambah, Wanita Racun Kawan Hamil Supaya Tak Dapat Cuti Bersalin

April 5th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita di China ditahan selepas didakwa meracuni rakan sekerja yang hamil untuk menghalangnya daripada mengambil cuti bersalin.

Racun rakan

Walau bagaimanapun, perkara tersebut disedari oleh mangsa selepas mengesyaki air yang diminum itu rasa sedikit pelik. Mangsa kemudian meletakkan iPadnya berhampiran mejanya di pejabat selepas teringat gurauan rakannya berhubung minumannya yang mungkin ‘diusik’.

Di situ, terakam bahawa suspek telah menambah sesuatu ke dalam minumannya. Difahamkan, suspek tergamak mengambil jalan mudah dengan meracuni mangsa kerana tidak mahu bebanan kerjanya bertambah apabila wanita tersebut cuti bersalin.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan kes tersebut masih dalam siasatan. Majikan juga akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap suspek.

Difahamkan, kedua-dua mereka berkhidmat di syarikat Biro Penyiasatan Hidrologi dan Sumber Air di wilayah autonomi Enshi Tujia dan Miao di wilayah Hubei.

Sumber: South China Morning Post

SKIP THIS AD ×