berita

Tak Nak Menganggur Selepas Tamat Belajar? Jom Belajar & Terus Kerja Bersama YEG!

January 15th, 2024 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

 


Bukan mudah nak cari kerja sekarang, apatah lagi dengan kadar peluang pekerjaan yang jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah graduan sedia ada.

Maka, tak hairanlah ramai di kalangan graduan memilih untuk bekerja diluar bidang pengajian bagi menyara kehidupan. Bahkan ada yang sanggup menyambung kembali pelajaran dalam bidang berlainan demi mendapatkan pekerjaan.

Bagaimana pula dengan nasib pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih tercari-cari hala tuju mereka?

YEG platform inovasi kerja & pendidikan!

Korang jangan la risau, sekarang kita ada YEG!

YEG merupakan satu platform inovasi kerjaya dan pendidikan untuk bantu anak muda belajar dan terus kerja.

Inilah kelebihan jika korang belajar di YEG!

YEG mahu golongan anak muda mendapat khidmat profesional supaya kerjaya korang terjamin.

Mereka akan membimbing korang menyambung pelajaran dan menyediakan laluan terus untuk bekerja sejajar dengan kursus yang korang ambil.

Maknanya, habis je korang belajar dekat YEG, korang akan terus diserap masuk dalam laluan kerjaya bidang pembelajaran korang tu.

Takde dah isu kerja luar bidang pendidikan, kena menganggur bertahun-tahun dan sebagainya!
So, korang yang tak tahu nak buat apa lepas SPM, jom daftar masuk ke YEG demi jaminan masa depan yang lebih cerah.

YEG bantu pilih kursus, kolej & institusi korang boleh masuk!

YEG
Menariknya, YEG komited untuk bantu korang menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang pendek. Belajar terus kerja. Menarik kan?

Untuk korang yang tidak dapat kredit yang cemerlang dalam SPM, jangan risau! YEG akan bantu korang untuk memiliki sijil profesional atau diploma juga.

Tak payah belajar lama-lama, jimat masa dan duit!

Bukan itu sahaja, korang juga akan dibayar dengan kadar gaji minimum yang telah ditetapkan kerajaan semasa menjalankan praktikal. Best kan?
YEG
Bagi yang belum tahu, YEG juga ada menyediakan bantuan nasihat dan petunjuk buat graduan yang dah sambung belajar tapi masih belum mendapat pekerjaan.

Graduan yang bekerja diluar bidang pengajian pun boleh mendapatkan khidmat nasihat di YEG.

YEG mahu mengubah keraguan dan persepsi masyarakat diluar sana mengenai program mampu milik dengan membangunkan kemahiran praktikal yang relevan dalam industri sekaligus, menjamin peluang pekerjaan buat graduan mereka.

Pembangunan kerjaya & pendidikan berasaskan “work-based learning program”!

YEG
YEG menyediakan keperluan pembelajaran untuk jangka masa yang pendek.

Program-program ini dirangka bagi memberikan pengetahuan dan kemahiran dengan cepat serta menjamin kerjaya.

Bukan itu sahaja, demi memastikan kualiti pendidikan yang terbaik dapat diberikan kepada para pelajar dan calon, YEG telah meningkatkan kerjasama dengan pelbagai institusi professional seperti Innovative International College (IIC), Akademi Mutawwif Training & Consultation, MEATECH Technical Training Centre, Zabsi Industrial Ventilation Sdn Bhd, MAHSA Universiti dan Pelita Akademi Sdn Bhd.

Buat korang yang nak bina kerjaya dengan pantas dan ikut trend semasa, korang wajib enroll di YEG.

Untung wei! Yuran mampu milik dan dapat masuk ke program untuk laluan kerjaya yang menepati pasaran industri terkini.

Berikut adalah sebahagian daripada bidang pengajian yang ditawarkan:

1. Sijil Pengajian Profesional Haji & Umrah

2. Sijil Kemahiran Malaysia Operasi Penyelenggaraan Pesawat (AMT)

3. Diploma Program Pengurusan Haji & Umrah (DHUMY)

4. Diploma Penguatkuasa Undang-Undang (DLE)

5. Diploma in Nursing (DNUR)

6. Diploma Pengurusan Kargo Udara (DACM)

7. Diploma in Aircraft Maintenance Technology (DAMT)

Ada banyak lagi bidang pengajian menarik yang YEG tawarkan.

Layari https://www.yegmy.com untuk melihat bidang pengajian lain yang ada di YEG.

Bagi yang berminat untuk mendaftar, korang boleh klik di SINI!

Selamat maju jaya korang!

 

 

 

SKIP THIS AD ×