berita

‘Tak Nak Staf Lelaki’ – Anak Sedang Lemas Dalam Perut, Ibu Mengandung Sempat Buat ‘Drama’

November 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Meskipun sudah melalui era pemodenan, masih ada lagi kelompok yang tidak berfikiran terbuka untuk menerima perkhidmatan daripada doktor lelaki ketika mahu melahirkan bayi mereka walaupun dalam keadaan terdesak. Bagi golongan ini, mereka berpendirian adalah wajib untuk mendapatkan khidmat doktor wanita supaya kurang berasa malu disamping mahu menjaga batas aurat.

Baru-baru ini, seorang doktor berkongsikan kisahnya saat dipertemukan dengan seorang pesakit yang juga merupakan ibu mengandung dalam keadaan mencemaskan sehingga perlu mendapatkan rawatan segera.

Enggan terima staf lelaki

Menerusi perkongsian yang dibuatnya di laman Twitter Junakarma, dia berkata seorang pesakit yang ditolak ke bahagian kecemasan sedang mengalami masalah fetal distress atau dengan kata lain bayi yang sedang dikandung wanita itu lemas.

Namun malangnya, apa yang membuatkan ia tidak masuk akal apabila wanita tersebut memberikan reaksi yang kurang senang di wajahnya malah turut menolak untuk mendapatkan khidmat oleh darinya hanya kerana dia adalah seorang lelaki.

Bukan suka-suka

Namun permintaan wanita tersebut tidak diendahkan dan perlu ditolak kerana pada ketika itu tidak ramai doktor yang sedang bertugas, lebih-lebih ia berlaku pada waktu malam.

Netizen pun tak puas hati

Perkongsian doktor itu turut mengundang rasa ‘panas’ dan geram dalam kalangan netizen kerana mereka berpandangan permintaan pesakit tersebut adalah tidak wajar.

Malah, ada juga yang sempat ‘memerli’ wanita ini dan turut mengaitkan dia dengan kelompok ‘anti-vaccine’

Sumber: Twitter Junakarma

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×