berita

Tak Pakai Pelitup Muka, Tajuddin Dikompaun RM1,500

June 9th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah dipanggil oleh pihak polis mengenai dakwaan dirinya yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan sidang media pada Mei lalu.

Artikel berkaitan : Netizen Puas Hati Tajuddin Kena Pecat Sebagai Pengerusi Prasarana

Kini, Tajuddin dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 gara-gara tidak memakai pelitup muka.

Kertas siasatan telah dikembalikan

Sekadar gambar hiasan

Kejadian berkenaan berlaku selepas Tajuddin meninjau tempat kemalangan tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC. Susulan itu,  pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung rakaman video menunjukkan dirinya tidak memakai pelitup muka yang tular di media sosial.

Tajuddin didakwa gagal memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang media mengenai insiden kemalangan tren di Stesen LRT  seperti yang sudah termaktub dalam syarat SOP.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamd Zainal Abdullah, kertas siasatan mengenai isu Tajuddin telah melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerak (PKP) telah dikembalikan semula oleh Pejabat Jabatan Peguam negara.

Dikenakan kompaun sebanyak Rm1,500

Jelasnya lagi, Tajuddin dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana telah melanggar SOP seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Susulan itu, beliau dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2021.

Walau bagaimanapun, kompaun sebanyak Rm1,500 berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×