berita

‘Tak Paksa Pun Kau Sponsor’ – Dituduh Kurang Ajar Minta Sponsor Barang Motor, Tajul Cerita Hal Sebenar

September 12th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi Tajul juga antara artis yang menunjukkan minat dalam menceburi bidang permotoran. Terbaru, menerusi IG Stories penyanyi ini menjelaskan salah faham yang telah berlaku antara dirinya dan pemilik kedai aksesori motosikal apabila dia ingin mendapatkan tajaan alat ganti.

Punca salah faham ini dipercayai berlaku apabila pemilik kedai yang membuat andaian penyanyi itu ingin membeli peranti motosikal daripadanya.

Takkan Brembo nak minta belanja

Menerusi posting di laman Facebook, ASY Garage mendedahkan perbualan ringkas sewaktu penyanyi Melamar Rindu itu ingin meminta tajaan aksesori motosikal, iaitu Brembo. Tajul juga ditegur pemilik apabila cara perbualan itu dianggap tidak beradab apabila ingin meminta benda yang percuma.

Tak paksa pun kau sponsor aku

Bagaimanapun, Tajul tidak menyangka bahawa perbualan itu menjadi tular di media sosial. Tajul berang dengan tindakan pemilik kedai aksesori itu kerana telah bertindak untuk menularkan daripada berbincang secara baik terlebih dahulu. Malah, penyanyi itu juga tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan pihak berkuasa sekiranya tindakan lelaki berkenaan melampaui batas.

Aku bukan ajak bergaduh

Bukan hanya itu saja, Tajul juga berkongsi perbualan di aplikasi WhatsApp bersama pemilik berkenaan di IG Stories bagi menyatakan perkara ini adalah salah faham.

Ini semua hanya salah faham

Kes selesai dan ditutup

Terbaru, menerusi Facebook ASY Garage dimuatnaik foto menyaksikan Tajul dan pemilik kedai aksesori motosikal itu telah bersalaman dan meminta maaf atas salah faham yang telah berlaku. Kedua pihak difahamkan telah berjumpa dan selesaikan masalah berkenaan dengan cara yang baik.

Sumber: Tajul, ASY Garage

SKIP THIS AD ×