berita

Tak Payah Beratur Panjang Dah! Boleh Terus Imbas Dan Pesan Je KFC Dari Meja Korang!

July 8th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

“Nak makan mana eh?” soalan ni lah soalan paling pening nak jawab hari-hari. Dia tanya kita, kita tanya dia balik. Lepas tu mesti nak food yang mudah dan cepat.

Jawapannya? Mestilah beli fast food kan? Tapi bukan kita sorang je yang berfikiran macam ni, ramai lagi yang berfikiran sama yang membuatkan kita kena beratur panjang kalau nak beli food tu. Kan best kalau boleh terus duduk dan order fast food dari meja je?

Nampaknya KFC boleh baca lah hati korang sebab sekarang korang boleh je IMBAS dan PESAN dari meja weh!

Tak perlu beratur panjang lagi! Boleh terus duduk je di meja dan order

Ha tak payah dah sorang kene pergi cop meja! Sekarang semua boleh duduk sekali dan order sama-sama dekat meja.

Korang hanya perlu imbas je QR kod yang ada dekat meja tu dan boleh mulakan pesanan macam biasa. Masa ni nak amik masa berapa lama pun boleh guys, no pressure!

Bukan sahaja tu, masalah tersalah order pun boleh dikurangkan sebab korang boleh double atau triple check order korang tu sebelum submit!

Lepas ni ibu bapa yang bawa anak tu senang lah tak payah pening fikir macam mana nak pergi ke kaunter dan bawa dulang penuh makanan dengan tak cukup tangan untuk melayan anak-anak lagi kan?

Kaedah pesan KFC tanpa sentuh ni untuk dine-in sahaja tau!

Untuk couple yang suka berkepit tu tak perlu lagi nak drama-drama rindu bila kekasih atau pasangan korang pergi order kat kaunter! Macam video siri KFC dekat bawah ni.

Korang boleh layan juga siri video KFC yang lain ni! Lawak weh, related sangat dengan kita!

1.Untuk yang nak take-away korang boleh order di mesin layan diri okay!

2. Tak dapat parking? KFC memahami guys! Korang boleh pandu ambil je!

3. Ikut keselesaan korang la guys! Boleh jugak order awal dan datang terus amik je di kaunter! Psstt.. bolehlah jual mahal bila terjumpa ex!

 

Jadilah seperti mamat ni, tak kisah apa yang terjadi dia tetap berjaya dapatkan ayam kegemaran dia dengan mudah!

Tak kisah la sedih ke hati tengah berbunga-bunga ke mamat tetap setia dengan ayam KFC dia. Korang pun kena lah macam tu. Lagi-lagi dengan adanya pelbagai kaedah pesanan tanpa sentuh yang lagilah senang dan selesa.

Dah faham kan sekarang? Ha,dah tak payah nak pening nak makan apa lunch atau dinner harini. Pergi KFC* je okay! Maklumat lanjut korang boleh layari Instagram mereka!

*Hanya di stor KFC terpilih

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×