berita

Tak Payah Keluar Rumah, Jom Sertai Celcom Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 Secara Online!

March 17th, 2020 | by Shahira
Shout Out!

Berita baik buat semua kaki gamers! Celcom Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 (Celcom KEK Sem 3) kini kembali lagi! Inilah masanya untuk korang semua tonjolkan bakat terpendam selama ini!

Mengambil kira situasi semasa yang agak membimbangkan kerana Covid-19, Celcom KEK Sem 3 akan dianjurkan secara online bermula pusingan kelayakan sehingga zone finals.

KEK 3 secara online

Kejohanan sukan antara kampus yang sangat popular dan terbesar di Malaysia iaitu KEK 3 akan menyediakan pelbagai hiburan dan kelainan buat kaki gamers di luar sana! Jadi korang yang power ‘beraksi’ dalam game Mobile Legends: Bang Bang dan Call of Duty Mobile boleh tunjukkan bakat dan kemahiran korang bersaing dengan para peserta yang lain.

Bukan itu sahaja, Celcom KEK Sem 3 ini merupakan salah satu platform untuk mencari dan mengasah bakat para pelajar dalam industri permainan video ini. Celcom KEK Sem 3 juga menyokong para pelajar dengan bersaing secara sihat. Tidak cukup dengan itu, mereka turut menyediakan hadiah-hadiah lumayan dan biasiswa buat para pelajar.

Hadiah lumayan menanti!

Apa yang lebih menarik ialah para pelajar yang menyertai pertandingan ini tidak perlu bersusah payah keluar rumah dan boleh bermain dengan selesa di rumah korang. Hadiah lumayan berjumlah RM150,000 dimana RM50,000 adalah biasiswa akan diberikan kepada juara keseluruhan KEK.

Jadi para pelajar dekat luar sana tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai daftar KEK 3 sekarang! Sekiranya korang berminat untuk menyertai Celcom KEK Sem 3, korang boleh daftar di https://komuniti.mygameon.my/ bermula 16 Mac 2020 (isnin).

Grand Finals akan berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2020.

SKIP THIS AD ×