Sejak kebelakangan ini, nama Datuk Seri Rina Mohd Harun sering menjadi bualan dan mendapat perhatian netizen. Lebih-lebih lagi sekarang beliau dilihat tampil lebih berkeyakinan dan cantik berbanding dahulu.
Artikel Berkaitan: Penampilan Terkini Raih Perhatian Ramai, Rina Harun Kongsi ‘Rahsia’ Kurus
Artikel Berkaitan: Penampilan Terkini Rina Harun Tarik Perhatian, Didakwa Kurus Kerana Kuat Bekerja Untuk Rakyat
Terbaru, video ucapannya untuk sidang maya keenam, Sesi ke-59 Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York tarik perhatian ramai termasuk Adibah Noor.
Berucap untuk sidang maya
Saya ingin mengucapkan tahniah kerana menganjurkan majlis ini. Walaupun kini berdepan dengan pandemik namun Malaysia mengemukakan beberapa pakej rangsangan ekonomi. Jumlah pakej adalah sebanyak 3.7 billion US dollar untuk memerangi Covid-19.
Datuk Rina Harun selaku wakil dari Malaysia memberitahu bahawa Malaysia sangat menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat. Tambah beliau lagi, Malaysia berusaha keras bagi memastikan rakyat selesa dalam norma baru ini.
Namun yang menarik perhatian adalah ucapan beliau yang dianggap ‘kekok’ oleh segelintir netizen sehinggakan ramai yang ‘tag’ Adibah Noor yang juga merupakan guru Bahasa Inggeris untuk memberi teguran.
Respon Adibah Noor
View this post on Instagram
Apa saya boleh katakan ucapan tersebut sangat bagus. Saya harap saya boleh baca skrip tersebut. Apa-apa pun saya nak ajar untuk bunyi perkataan ‘doubt‘ dan ‘debt‘ dengan cara betul.
Menurut Adibah Noor, perkataan ‘doubt‘ sepatutnya dibunyikan dengan cara menghilangkan bunyi huruf ‘B’. Rata-rata di ruangan komen memuji teguran penyanyi tersebut yang sudi berkongsi cara sebutan yang betul. Tak kurang juga yang berharap agar Adibah Noor dapat membuka kelas Bahasa Inggeris di media sosial agar lebih ramai faham dan fasih dalam menggunakan bahasa tersebut.
Video penuh
Sumber : Rina Harun, Adibah Noor