berita

Tak Peduli Langsung Masa Pregnant & Curiga Status Anak, Ayu Ting Ting Nekad Tak Benarkan Bekas Suami Jumpa Anak

October 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting dipercayai masih enggan mempertemukan anaknya, Bilqis dengan bapa kandungnya, Enji walaupun mahkamah sudah memutuskan Enji boleh bertemu anaknya.

Orang hanya fikir negatif

Menerusi Youtube Curhat Bang Denny Sumargo, Ayu memberitahu bahawa dirinya sukar menerima kenyataan apabila dituduh sebagai ibu yang ‘ego’ kerana melarang anaknya bertemu bapa kandung. Ayu meminta mereka yang menyindirnya supaya melihat keadaannya ketika bercerai dengan Enji. Perasaan dipermainakan ketika bercerai masih dirasai sehingga ke hari ini ujar Ayu.

Bukan masalah sama ada dibenarkan atau tidak. Orang hanya berfikir negatif terhadap saya berkenaan perkara ini. Cubalah rasakan perasaan saya. Yang tahu semua itu saya.

Hairan dengan sikap bekas suami

Di samping itu, Ayu meluahkan rasa hairan dengan sikap Enji yang tidak mempedulikannya ketika mengandung. Bahkan, Enji turut meragui kesahihan Bilqis sebagai zuriatnya dan menuntut untuk melakukan ujian DNA. Biarpun kecewa, Ayu tetap bersyukur kerana wajah Bilqis ternyata mirip Enji. Secara tak langsung, perkara tersebut sudah menepis keraguan bekas suaminya .

Allah membuktikan mukanya memang mirip kerana Bilqis tidak diakui sebagai anaknya. Allah tunjukkan.

Terdahulu, Ayu berkahwin tidak sampai setahun dengan Henry Baskoro Hendarso atau Enji pada tahun 2013. Ayu diceraikan ketika hamil anak pertama. Susulan kes itu, hubungan bekas pasangan suami isteri ini dilaporkan tidak baik selama beberapa tahun. Kini, Ayu dilihat lebih terbuka untuk bercakap mengenai krisis antara dirinya dan bekas suami sejak kebelakangan ini.

Sumber: Curhat Bang Denny Sumargo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×