Umum mengetahui, arwah Adibah Noor sangat sayangkan kucing dan membela lebih 40 ekor kucing di rumahnya. Semasa hidupnya, Allahyarham pernah berkata sifatnya yang terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan dia tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing.
Justeru itu, ramai yang tertanya-tanya mengenai nasib yang bakal menimpa kepada kucing peliharaan Adibah Noor selepas ini. Menerusi perkongsian penjaga Rumah Amanah, Hashman Don, rumah tersebut bersedia untuk menjaga semua kucing peliharaan penyanyi itu sekiranya tiada pihak yang mahu membelanya.
Tak perlu bayar apa-apa
Tiada masalah jika kucing-kucing arwah lebih 40 ekor nak berteduh di Rumah Amanah di Hulu Langat, Selangor Syarat utama No. 1 adalah Kematian Tuan Kucing. Warisnya bolehlah PM saya. Tak perlu bayar apa-apa dan tak perlu bagi makanan kucing-kucing itu setiap bulan. Malah setiap hari Ahad dari pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang adalah hari melawat. Terbuka kepada umum.
Menerusi kenyataan di Facebook Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan, ramai pihak yang mahu membantu dan menghulurkan sumbangan kepada Rumah Amanah. Susulan daripada itu, Encik Hashman mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mahu menyumbang dan berkata beliau tidak pernah meminta sumbangan secara umum sebelum ini.
Minta maaf kepada yg meminta bank akaun. Biarlah pihak saya mengambil kucing-kucing arwah dahulu. Saya sudi terima, tak pasti jika ada waris-warisnya nak jaga.