berita

Tak Perlu Beli Apa-Apa! Ikut Je Step Mudah ini Untuk Dapat 200 Piza Percuma Setiap Hari di Pizza Hut!

October 15th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Bagi korang penggemar Piza, mesti korang dah biasa terima kupon bila beli Pizza kan? Terutama sekali kalau beli Piza dengan jenama D******. Betul kan? Tapi apa pula kaitannya dengan Pizza Hut?

Ha! Itu la yang korang semua kena tahu, sekarang Pizza Hut nak belanja korang pizza percuma dengan apabila menukarkan kupon-kupon daripada kedai Piza yang lain secara percuma. Nak tahu caranya? Keep scrolling ke bawah tau!

Nikmati “Hand-Crafted Pizza” bila tukar kupon korang!

Pizza Hut baru-baru ini telah melancarkan satu promosi dimana korang boleh tukar lambakan kupon piza dekat rumah korang dengan “Hand-Crafted Pizza” mereka tanpa sebarang bayaran. Kalau dekat kedai piza lain korang kena spend dulu baru dapat diskaun atau piza percuma tapi di Pizza Hut, mereka bagi terus piza percuma tanpa perlu bayar apa-apa. Tak ke awesome tu?

Buat penggemar piza diluar sana, inilah masanya korang tukar je lambakan kupon korang dekat rumah tu. At least, dapat makan “Hand-Crafted Pizza”.

Berikut min kongsikan cara nak tukar kupon kepada “Hand-Crafted Pizza”.

1. Share gambar kupon Pizza korang daripada pelbagai jenama piza lain.

2. Tag dua orang rakan korang dan jangan lupa #PizzaHutMalaysia #NewHandcraftedPizza

3. 200 penyertaan terawal yang lengkap akan menerima “Hand-Crafted Pizza”.

** Tertakluk pada termas & syarat

Pizza Hut dah tetapkan hanya 200 piza yang boleh ditukar setiap hari. Jadi siapa cepat dia dapat. Yang tak tak berjaya pada hari pertama boleh cuba pada hari berikutnya kerana kempen ini berlangsung sehingga 31 Oktober ini. Kalau lambat daripada tu, putih mata la jawabnya.

Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi hebat daripada Pizza Hut ini? Klik je SINI.

 

SKIP THIS AD ×