berita

Tak Perlu Beratur Panjang Lagi, Ini Resepi Pearl Homemade Ala Tealive

April 11th, 2019 | by Azizi Rahman
MyResipi

Minuman bubble tea menjadi kegilaan ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga membuat kiosk mneghidangkan minuman sebegini menjadi tumpuan orang ramai. Dari korang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan minuman dek kerana terpaksa beratur panjang, lebih baik korang cuba resepi ini.

Resepi dari Facebook Su Abdullah menunjukkan cara mudah bagaimana untuk membuat bubble pearl di rumah. Cara yang mudah, dijamin bersih serta sangat menjimatkan masa ini membolehkan korang untuk menikmati bubble pearl setiap hari.

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk didapati:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna hitam

Cara yang sungguh mudah

Campurkan semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat di tangan. Cubit dan uli adunan tadi menjadi bentuk bulat kecil-kecil sehingga siap semua.

Rebus dengan air gula

Rebus dengan air gula sampai masak (paling sedap guna gula melaka).

Siap untuk dihidang

Akhirnya siap dan boleh dinikmati dengan apa jual minuman. Lagi-lagi dengan minuman sejuk.

Sumber: Su Abdullah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×