berita

Tak Perlu Cuti Jauh-Jauh, Lelaki Kongsi Itinerari Ke Sekinchan 2H1M Yang Syok..Cantik!

June 15th, 2020 | by Shafika
Travelogue

Di kala dunia menghadapi wabak Covid-19, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk bercuti di dalam negara bagi menjana ekonomi setempat selepas 3 bulan kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Kali ini seorang lelaki kongsi itinerari lengkap ke Sekinchan Selangor. Fuh memang cantik betul! Tak perlu pergi jauh-jauh.

Cuti ala ala PKPB

Kepada peminat sawah padi, pantai, kulinari & fotografi, ini untuk anda
***Cuti-cuti ALA PKPB: Last trip sebelum pelancongan domestik localiti dalam negeri. Mine : Selangor diluaskan ke pelancongan domestik localiti dalam negara yang bermuka 10 Jun 2020.

Trip:6-7 Jun 2020
Lokasi: Jajaran Pantai Barat Selangor: Sekinchan & Sg.Besar,Sabak Bernam.
Sebelum ni dah byk kali melalui laluan ini untuk urusan kerja/ laluan en-route ke Pangkor. Tp itu lah kali ni berbeza sbb musim menuai padi menggamit ke Sabak Bernam untuk tujuan bercuti bersama Mohd Ridzuan Ismail. Kos serba kongsi dapat jimat-jimat sikit.

Singgah makan makan

6.6.2020

-Singgah makan tengahari di Warung Nasi Ayam Golek Ganu Kite di Sungai Buloh. The best of Nasi Ayam in the town. Kos hanya RM10 half chicken +RM1.50 nasi.
-OTW singgah pula di Cendol Durian Borhan Kuala Selangor. Cendol yang meresap meleleh ke rongga mulut diiringi kemanisan duriannya. Ingat nak repeat keesokan harinya tapi niat batal sebab terlalu pack orang hari ahad. Kos RM8.
-Tentatif utama pun bermula seawal jam 2. Baru je belok sikit je sekitar Parit 4 Sg.Burong, kami dah disajikan hamparan karpet semulajadi bernama padi. Terus teruja & berhenti kereta utk bergambar2.
-Ah Ma House: Seterusnya je rumah kedai nenek Ah Ma utk membeli Kuih Kapit yang berderai di mulut RM20+ Fridge Magnet RM8 Rumah ini juga dijadikan mini galleri menempatkan barang2 antik.

Layan sunset memang A


-Rumah Atuk pula hanya berdepan dgn rumah nenek Ah Ma. Tak pasti kenapa rumah diorang asing-asing. Apapun di sekitar rumah2 ini penuh dilatari sawah padi nan hijau+kuning.sayup mata memandang.
-Ronda2 sekitar pekan Sekinchan
-Check-in di Sekin Hotel And Resort, Sekinchan. Masa ni Oyo tgh buat promo RM50/ Twin room puas hati sbb hanya beberapa langkah ke Pantai Redang.Hanya saja Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Kolam mandi dan menara nya masih ditutup. Berdepan betul dgn Jeti Nelayan Sekinchan. Layan sunset pantai memang A.
-Mengakhiri makan malam di warung Ikan Bakar Abah, Sekinchan. Sedap ikan pari bakarnya.

Kos makan RM30

7.6.2020

-Pagi-pagi selepas subuh, kami dah ke Pantai Redang, iaitu tepi bilik hotel untuk melihat sunrise. Gagal, cuaca tak berapa bagus.
-Check out hotel sekitar jam 11 pagi.
-Faridah mentarang bakar sekinchan, ya setelah mendengar perkhabaran keenakan mentarang bakar dari sosmed, janggal sekiranya ke Sekinchan tak ke sini. Memandangkan hari minggu dan kerana viral, agak lama kena menunggu giliran msuk kedai ni. tapi berbaloi sebab Mentarang, Pepahat dan Sembilang dia memang terbaik.Layanan owner dan pematuhan SOP PKPB di sini juga pada tahap yang tinggi. Kos makan RM30/seorang. (Termasuk nasi dan air).

Berfoto di padi padi


-Bersiar-siar hingga ke Parit 9 kononnya nak cari Gulungan Jerami padi tapi tak jumpa. Mujur jumpa tepi kilang padi di Jalan Tali Air 5.
-Singgah di Mango King.
-Gallery Padi/Kilang Padi Pearl Rice Garden untuk membeli sekampit beras 5kg.RM13.Ada jenis yg tak dijual komersil di pasaran luar.Galeri ditutup sementara waktu sempena PKPB.
-Bergambar di Padi Box dan Kafe N16.
-Singgah di Mee Udang Banjir.tunggu sejam x sampai2 mee nya.dpt air je. Mungkin udangnya berselindung di balik batu.Malas nk tunggu lg.
***tamat***

Sumber : Mohd Helmi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×