berita

‘Tak Perlu Isytihar Darurat, Tak Perlu Pemindahan’ – Tun Dr Mahathir

March 14th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Berkenaan isu pencemaran di Pasir Gudang, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat. Menerusi laporan Bernama, Tun Dr Mahathir menyatakan situasi masih dalam keadaan terkawal.

Belum sampai tahap darurat

Ketika ditanya pemberita mengenai isytihar darurat bencana, Tun Mahathir menegaskan tidak perlu dan menasihatkan semua pihak agar berhati-hati ekoran pencemaran masih belum berakhir.

Tidak…belum sampai tahap itu (darurat). Kita tidak perlu isytihar darurat, tidak perlu pemindahan, tetapi kita perlu berhati-hati.

(Dan) mereka yang ditugaskan untuk mengawal keadaan ini mesti bersedia menangani masalah (kesan pencemaran) yang berlaku.

Menjawab pertanyaan wartawan sama ada yang terburuk sudah berakhir berdasarkan bilangan mangsa, Tun Mahathir berkata,

Kita tidak boleh mengatakan yang terburuk sudah berakhir.

Sebaliknya, kita tidak fikir ia akan menjadi lebih serius daripada sekarang. Tetapi yang penting ialah mereka tahu bagaimana menangani masalah ini.

JPB Negeri cekap dan ‘luar biasa’

Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa pencemaran di Hospital Sultan Ismail hari ini memuji kecekapan agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang berjaya menangani impak pencemaran daripada menjadi lebih parah.

Saya dapati dalam taklimat yang diberi dari pelbagai pihak bahawa mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna walaupun kes seperti ini tidak pernah berlaku tetapi nampak dari segi bomba, polis, hospital sekolah dan lain lain, mereka telah menangani masalah ini dengan cekap dan berhasil.

Saya yakin akan kebolehan kita untuk memulihkan mereka (mangsa) dari gas yang beracun.

Masyarakat juga mesti menganggap ini (pencemaran) sebagai satu perkara yang serius tapi perlu ingat kebolehan mereka (petugas) yang bertugas berjaya menyelamatkan mangsa baik, berhasil…itu sebab keadaan terkawal.

Katanya, kecekapan doktor dan petugas perubatan yang menangani gas beracun ini adalah ‘luar biasa’.

Sumber : Bernama

The following two tabs change content below.