berita

Tak Perlu Jadi Peminat Bola Kalau Nak Enjoy FIFA 22, Game Baru Ni Semua Orang Boleh Main!

October 4th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Siapa kat sini suka main video game? Korang mesti pernah main video game sekurang-kurangnya sekali la seumur hidup kan? Sebenarnya video game ni bagus untuk tingkatkan fokus kita. Kalau ajak keluarga atau rakan, boleh bonding!

Kenapa kami tiba-tiba cakap pasal video game? Sebenarnya ada satu video game akan keluar bulan Oktober tahun ni. Dengar cerita, video game ni bukan setakat peminat bola, orang yang tak minat bola pun boleh jadi fanatik dengan video game ni. Hebat gila pengaruh dia wei.

Kami rasa, korang dah boleh agak video game apa kan? Hehe. Jom kita tengok!

FIFA 22 bakal jadi tarikan ramai, video game bola terbaik tahun ni!

Serius terkejut bila Electronic Arts buat surprise macam ni. Baru-baru ni mereka dah umumkan yang FIFA 22 bakal tiba ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober 2021.

Kami syorkan korang cuba main FIFA 22 sebab ciri dan modnya kali ni boleh tahan menarik. Dah cuba sekali, mesti korang ketagih. Korang mesti ternganga kalau tengok ni.

Dikuasakan dengan teknologi Hypermotion, macam real tengah main bola

FIFA 22 ni akan buat korang feeling lain dari yang lain. Electronic Arts faham sangat ramai yang frust tak boleh main bola kat luar sekarang, sebab tu mereka gunakan teknologi HyperMotion. Korang akan rasa macam main bola sepak secara real!

Dengan gabungan Advanced 11-vs 11 Match Capture dan teknologi pembelajaran mesin eksklusif, pengalaman main bola sepak dalam FIFA 22 jadi lebih realistik, lancar serta responsif untuk konsol next-gen dan Stadia. Korang dapat buka emosi asli, semangat dan fizikal dalam video game ni jugak. Menarik kan?

Gabungan first-ever motion capture untuk 22 pemain bola sepak profesional yang bermain dengan intensiti tinggi pun ada dalam FIFA 22. Algoritma pembelajaran mesin milik Electronic Arts boleh pelajari lebih 8.7 juta bingkai tangkapan perlawanan tau. Hebat ah!

Seterusnya, penampilan animasi baru secara real-time dalam FIFA 22 buat gerakan bola sepak jadi lebih real di padang. Lagi seronok, HyperMotion boleh ubah cara pemain bergerak dan keluar bersama bola sama ada shot, pass atau cross. Serius seronok.

Career Mode, bayangkan diri menjadi bintang bola sepak

Bagi korang yang komited dengan bola sepak, korang akan enjoy dengan tambahan taktik permainan yang menarik dalam FIFA 22 iaitu Career Mode. Korang boleh custom watak dari pemain biasa sampai la korang jadi bintang bola sepak terkenal di liga tertinggi.

Sebelum start, korang ada banyak pilihan customization untuk kelab korang sendiri, antaranya pilihan Kit dan Crest. Lepas tu, ada pilihan nama pemain supaya korang boleh dengar pengulas dan penyokong menyorak nama korang semasa di atas padang. Best woi!

Selain tu, korang boleh pilih pasukan rival untuk berikan sedikit cerita atau identiti kepada kelab. Dengan adanya jalan cerita menarik dalam FIFA 22, korang yang tak minat bola pun berubah angin bila main video game ni. Boleh terpengaruh dibuatnya.

Volta Football, hadirkan lebih banyak variasi permainan untuk lebih enjoy

Kalau korang nak tahu, Volta Football adalah versi terbaru Electronic Arts Sports untuk FIFA Street. Nampaknya banyak perubahan besar ciri ni dalam FIFA 22. Terdapat banyak ciri dan sistem baru, antaranya Volta Arcade, Skill Meter dan tumpuan khusus pada Skill Move.

Senang cerita, Volta Football ni membolehkan korang bermain bola di jalanan dengan penyokong di sekeliling. Lepas tu, korang boleh main mini game lain seperti Dodgeball, Foot Tennis, Disco Lava, Quick Strike, Wall Ball Elimination, Team Keepaway, Target Gallery dan Cover Scramble.

Fuh, memang menarik la FIFA 22 terbaru ni. Oleh sebab tu la, kami kata yang orang tak minat bola pun boleh enjoy main FIFA 22. Banyak ciri dan mod baru yang membolehkan semua orang seronok memainkannya!

Banyak lagi sebenarnya yang menarik pasal FIFA 22, tapi kami serahkan pada korang untuk main sendiri la. Lagi syok kan? Paling best, korang dah boleh buat pembelian untuk FIFA 22 sekarang mulai hari ni!

Korang boleh klik sini untuk ikuti perkembangan Electronic Arts di Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×