berita

‘Tak Perlu Korek Apa-Apa Dari Vagina’ – Doktor Selar Teori Mengarut Bidan

November 8th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai lambakan produk kesihatan yang dijual secara terbuka. Dengan adanya media sosial memudahkan lagi urusan mereka melakukan urusniaga. Testimoni yang diberikan pula seakan meyakinkan pembeli. Namun harus diingat, kita perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang jenis ubat-ubatan.

Seperti perkongsian doktor ini, seorang bidan di instagram kongsi salah satu faktor darah haid berpanjangan adalah kerana rahim tidak ditutup serapatnya. Betul ke? Baca penjelasan ini.

Kegagalan urat saraf punca rahim kembang?

Bila datang haid, pintu rahim tak terbuka – Doktor

(Sekadar gambar hiasan)

Again ada saja info mengarut yang akan disebarkan oleh mereka yang tiada asas tentang perubatan tapi nak juga sebarkan ilmu.

Niat nak sebarkan ilmu tu dah elok tapi cara tak kena, ilmu tak betul dan sedih lagi end up akan promot produk dan petua merapu meraban.

Lagi sedih bila ramai juga yang percaya dengan ajaran sesat entah dari siapa ini.

Bila datang haid, pintu rahim tak terbuka ya.
Haid adalah hasil daripada sel sel dinding rahim yang dah mati. Darah akan dikeluarkan sendiri oleh badan.

Doktor akan seluk vagina bukan seluk rahim.
Doktor seluk vagina jika anda mengandung yang ada pendarahan atau dah nak beranak.

Doktor tak seluk vagina anak dara atau mak dara yang tidak mengandung. Untuk apa seluk?

Tempoh haid setiap individu adalah berbeza.
Bukan semua orang datang haid seminggu sahaja.

Tak perlu korek apa-apa dari vagina

Jika haid berpanjangan iaitu melebihi 15 hari, doktor akan lakukan pemeriksaan kenapa berlakunya masalah tersebut.

Haid yang berpanjangan tak ada kaitan dengan masalah urat saraf.

Jika ada masalah urat saraf pun haid tak akan terganggu.

Ingat ya, tempoh subur, tempoh haid, jarak haid juga berbeza bagi setiap individu. Kalau semua wanita sama, senanglah kerja doktor nak agak sakit apa dan mengapa berlaku masalah.

Dan tolonglah ingat.
Banyak kali dah cakap.

TAK PERLU KOREK APA APA DARI VAGINA/FARAJ ANDA.

Faraj kita adalah self cleaning
Bermaksud dia akan keluarkan sendiri segala benda.

Kalau datang haid, haid itu akan habis bila tiba waktunya.
Bila di pad atau panty liner dah kering, maka habislah haid kita dan silalah mandi wajib.
Tak perlu korek.

Tak ada istilah darah tak keluar habis.

Selepas datang haid, akan ada episod keputihan yang semacam melekit seperti putih telur. Ini adalah normal.
Ini menunjukkan anda sedang subur.
Tak perlu korek untuk keluarkan keputihan.
Ianya akan hilang sendiri.

Pelik saya ni, kalau doktor nak seluk marah tapi kalau entah siapa siapa ajar korek korek, dengan rela hati pula ikut.

Nota kaki : Allah jadikan badan dan organ kita ni elok dah,tak payah memandai mandai nak korek bagai

Kak Rusyainie Ramli, bila la depa ni nak berhenti bagi petua merapu? Haih, baiklah saya siapkan slides untuk ceramah hiv dan talasemia untuk esok

sumber : Erna Nadia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×