Memasak bukan sekadar rutin harian, malah ia merupakan satu amanah yang besar.

Artikel Berkaitan: Mendidik Tanpa Tinggikan Suara, Kesan Lebih Positif Pada Tumbesaran Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayah Muntah & Buang Air Besar Di Restoran, Anak Anggap Hal Kecil Berbanding Pengorbanan Membesarkan Hingga Dewasa

Doa untuk anak

Para ulama dan guru-guru pondok terdahulu sangat menitikberatkan soal makanan kerana mereka memahami bahawa apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan memberi kesan kepada kehidupan jasmani serta rohani.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ahmad Farkhan Daie berkongsi 11 doa ketika memasak yang boleh diamalkan oleh para ibu.

1. Sebaiknya sebelum memasak, berwuduk dan solat dua rakaat. Berdoa minta petunjuk Allah agar dapat memasak yang terbaik dengan hati yang ikhlas.

2. Baca doa masuk dapur surah al-Kahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Maksudnya: Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.

4. Doa ketika mencuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makan setelah lapar.

6. Doa ketika letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jarum jam iaitu putaran tawaf

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Maksudnya: Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah.

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al-baqarah ayat 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa basuh sayur

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah

Surah al-Kauthar ayat 1 hingga 3

Menurutnya sekiranya tidak mampu membaca doa seperti di atas, cukup sekadar berselawat, istigfar dan zikir.

Jangan bercakap hal-hal seperti mengumpat atau fitnah atau cerita keburukan-keburukan ketika memasak, apatah lagi buka lagu-lagu yang melalaikan dari mengingati Allah ketika memasak.

Usahakanlah sebaiknya untuk menutup aurat atau berpakaian sopan ketika memasak.

Kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan. InsyaaAllah.

Sila amalkan untuk keberkatan dalam keluarga supaya beroleh keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Sumber: Facebook