Pelakon dan usahawan Fazura menyerahkan soal kebahagiaan hidup sepenuhnya kepada aturan Tuhan yang diyakini terbaik buat dirinya serta puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Artikel Berkaitan: ‘Semoga Tidak Benar & Tidak Dinormalisasikan’ – Fazura

Artikel Berkaitan: ‘Semoga Ada Rezeki Untuk Anak Kedua’ – Fazura

‘Saya mencari bahagia…’

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Fazura mengakui dirinya kini hanya mengharapkan kebahagiaan serta ketenangan dalam meneruskan kehidupan.

Dalam pada itu, Fazura berharap tiada mana-mana pihak cuba menentukan jalan hidupnya hanya demi memenuhi kehendak peribadi masing-masing.

Saya mencari bahagia, tenang dan tenteram buat sisa-sisa hidup saya ini.

Tak perlu la sesiapa menentukan ibarat mahu menyuap kehendak sendiri dalam mulut saya.

Tambah pelakon filem Pisau Cukur itu, dia hanya menyerahkan segalanya kepada tuhan untuk dikurniakan kehidupan yang terbaik buatnya dan Fatima.

Allah lebih mengetahui dan maha berkuasa ke atas segalanya, pasti aturan rahsia-Nya yang terbaik.

Mohon doakan yang baik-baik, itu saja.

Doa netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat Fazura untuk menentukan kebahagiaannya sendiri.

Selain itu, warganet turut menitipkan doa agar pelakon berusia 42 tahun itu dikurniakan pasangan yang baik serta menyayanginya.

Sumber: Threads @missfazura