berita

‘Tak Perlu Panggil Orang Syaitan…’ – Label Drama ‘Sampah’, Aiman Hakim Ridza Berbalah Dengan Pengarah?

June 8th, 2018 | by faris
Kini Trending

2 hari lepas pelakon Aiman Hakim Ridza membuat kenyataan yang agak panas apabila mendakwa banyak skrip drama dihasilkan ketika ini tidak berkualiti dan seperti ‘sampah’. Malahan, pelakon Vanila Coklat ini tidak kisah jika disenaraihitam disebabkan kenyataannya itu.

Kenyataan Aiman itu mendapat perhatian pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin yang berpendapat sebaliknya.

Bukan semua skrip sampah

Shahrulezad menerusi Facebooknya meluahkan rasa kecewanya apabila Aiman dilihat ‘gelabah’ memberi komen mengenai isu ini. Tambahnya, berkemungkinan Aiman tidak mempunyai rezeki lagi mendapat skrip yang bagus, namun itu tidak bermakna skrip drama di Malaysia pada tahap ‘sampah’.

Screenshot perbualan dengan wartawan

Pengarah berkenaan turut menyertakan bukti perbualannya dengan wartawan Harian Metro yang menulis mengenai isu berkenaan.

Antara lain, Shahrulezad menyatakan Aiman sebagai pelakon tidak boleh menyalahkan skrip drama sampah sahja, namun dia juga bertanggungjawab memilih projek yang berkualiti.

Ini respon Aiman Hakim Ridza

Aiman menerusi Instastorynya membalas kenyataan pengarah itu dengan mengatakan Shahrulezad tidak perlu memanggil orang lain sebagai syaitan dan merendahkan ego masing-masing dan berbincang seperti orang dewasa.

Media sosial bukan tempat terbaik berbincang

Aiman bagaimanapun mengakui media sosial bukanlah tempat yang sesuai untuk berdiskusi mengenai apa-apa isu. Dia juga sempat meminta maaf atas tindakannya dan mengatakan dia sememangnya sebegitu apabila membabitkan minat dalam dunia lakonan.

Sumber: Shahrulezad Mohameddin, Aiman Hakim Ridza

SKIP THIS AD ×