berita

Tak Perlu Susah-Susah Cari Buluh, Ini Cara Masak Lemang Cara Moden & Cepat

April 24th, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Selain kuih raya, ketupat dan lemang antara menu yang wajib ada di atas meja makan. Kalau tak ada dua menu ini jawabnya tidak lengkaplah hari raya anda. Namun, cara pembuatannya yang leceh membuatkan ramai memilih untuk membeli sahaja lemang yang sudah siap di kedai.

Lemang habis? Jangan risau, ini cara masak lemang dan ketupat hanya menggunakan periuk nasi elektrik. Rasa pun lebih kurang sama sahaja. Jom cuba!

1kg beras dapat 20-23 batang lemang

Alhamdulillah terima kasih empunya resepi. Disebabkan tak dan nak pi cari lemang utk jamuan raya so nak mudah dan cepat kita buat lemang + ketupat DIY
1kg beras pulut dapat dalam 20-23 batang
Sedap + Lembut + Lemak
#cepatdanmudah
#lemangketupatricecooker

Cara masak senang je

Better kalau nak ikat atas tu ikat atas sikit ja dari paras beras tu. Sebab nanti kalau ikat atas sangat kejap lagi rebus dia tak betul-betul padat. Lepas tu 2x kerja pulak kita nak adjust ke bawah nak bagi padat pulut tu.

Cucukkan plastic dengan garpu nak bagi air santan serap masuk.

Ni sekali rebus letak dalam 8 batang. Kalau ricecooker besar nak letak lebih pun tak apa.

Biarkan sehingga sejuk

Ni dah siap rebus, kalau saya biar semalam untuk bagi dia betul-betul sejuk baru mudah nak potong.

Sumber : Zahida Zul

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×