Foto: Tangkap layar video
Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar menerusi satu entri di laman Instagramnya menjelaskan dia sudah mendapat suntikan vaksin jenis AstraZeneca di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.
Jangan mudah percaya
Foto: Fizo Omar
Susulan daripada itu, dia menyeru kepada orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat salah mengenai suntikan vaksin yang secara tidak langsung membuatkan seseorang itu menjadi takut dan enggan untuk mendapatkannya. Ujar pelakon ini, vaksin ini diciptakan oleh tenaga-tenaga pakar dan bukan sewenang-wenangnya boleh dibuat oleh orang biasa.
Macam-macam pula dengar cerita mengenai vaksin. Ada yang sampai sudah tak nak ambil sebab takut selepas dengar cerita dari ‘Doktor Falsafah’ di media sosial. Boleh mati ke? Cacat ke? Alahai macam-macam lah kan.
Pertama sekali, vaksin ini bukan dibuat oleh Makcik Kiah atau pengasas produk timbang kilo okay. Doktor hebat pakar dunia yang cipta dan disahkan oleh kementerian kesihatan sendiri.
Tak perlu takut
Foto: Fizo Omar
Pada masa yang sama, dia turut menyakinkan orang ramai supaya tidak perlu takut dengan sebarang info yang tidak sahih itu. Bahkan, ujarnya lagi pandemik Covid-19 tidak akan reda jika orang ramai masih enggan untuk mendapatkan vaksin yang diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan.
Selepas 48 jam saya dan mama sudah amik vaksin ini, setakat ini okay saja. Cuma biasa lah kesan apa-apa vaksin pun, badan rasa lemah sikit. Doktor pun pesan kalau rasa macam nak demam boleh ambil ubat panadol saja. Jadi tidak perlu nak kelam kabut ke klinik kecuali sudah teruk sangat.
Alhamdulillah, semuanya okay saja bila bekerja macam biasa. Sekurang-kurangnya kita sudah ikhtiar, selebihnya kita serah saja pada Allah. Doa itu doa juga, tapi apa tindakan kita kan.
Sumber: Fizo Omar