berita

Tak Pernah Berjaya Nak Berhenti Merokok? Nah Cuba Langkah Ni Untuk Redakan Ketagihan Tu

March 18th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Kredit gambar: Shutterstock

Kami percaya mesti ramai diantara korang yang selalu simpan azam untuk berhenti merokok. Tapi, proses nak berhenti ni tidaklah semudah yang dibayangkan.

Sebab tulah impian nak berhenti merokok selalunya tinggal kenangan je kan? Haa.. Apa kata tahun ni kita kasi jadi! Lagipun merokok ni bukan je bahaya untuk kesihatan korang. Malah, ianya juga membahayakan kesihatan orang lain di sekitar korang terutama sekali keluarga tersayang.

NICORETTE® membantu dalam mengawal keingin untuk merokok

NICORETTE® adalah bantuan anti merokok yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membantu mengawal ketagihan kepada nikotin.

Ianya didatangkan dalam pilihan berbentuk patch (tampalan) dan juga gula-gula getah (gum). Untuk NICORETTE® Patch ianya didatangkan dengan pilihan 10mg, 15mg serta 25mg.

Buat korang yang biasa hisap 15 batang rokok dalam sehari, kaedah pengunaan NICORETTE® Patch yang dicadangkan adalah seperti di bawah:

Sementara untuk mereka yang merokok kurang dari 15 batang sehari, boleh rujuk rajah berikut:

NICORETTE® Gum pula hadir dengan varian 2mg atau 4mg yang juga boleh dipilih mengikut kekerapan korang merokok dalam sehari.

Jika korang biasanya mengambil kurang 20 batang rokok sehari, cuba NICORETTE® Gum 2mg. Sekiranya 20 batang atau lebih sehari korang disarankan untuk cuba NICORETTE® Gum 4mg.

NICORETTE® Gum boleh diambil sebanyak 8-12 biji setiap hari dalam tempoh 3 bulan pertama. Sementara dalam dua minggu berikutnya korang hanya perlu 2-6 biji sehari.

Lama-kelamaan korang hanya perlukan sekeping NICORETTE® Gum setiap kali berkeinginan untuk merokok.

Cuba juga cara berikut untuk atasi rasa ketagih:

Kenal pasti rasa ingin merokok tu datang dari mana

Kredit gambar: iStock

Elak lakukan perkara yang boleh cetuskan rasa ingin merokok. Contohnya, jika korang dah terbiasa merokok setiap kali selepas minum kopi apa kata tukarkan ia kepada teh atau jus pula.

Ubah aktiviti harian

Kami faham bukan mudah nak ubah rutin harian yang dah biasa korang buat tapi dalam mana-mana situasi yang buatkan korang teringin untuk merokok cuba alihkan perhatian tu dengan lakukan aktiviti baru.

Misalnya, korang dah terbiasa merokok masa melepak dekat mamak. Apa kata tukarkan ia dengan aktiviti sukan atau movie marathon? Korang bebas memilih aktiviti lain asalkan ianya boleh alihkan perhatian korang dari merokok.

Jika stress punca utama korang merokok, cuba cara lain untuk relax

Kalau sebelum ni korang lebih selesa pendam masalah sendiri, sekarang cuba luahkan ia kepada rakan-rakan atau keluarga. Sedikit sebanyak ia membantu melegakan kebuntuan korang.

Membaca dan bersenam turut membantu dalam meredakan rasa stress tau. Jadi, ambil peluang ni untuk mula baca buku baru atau buat senaman ringan di rumah.

Manfaatkan bulan ramadhan ni sebagai peluang untuk berhenti merokok

Kredit gambar: iStock

Ramadhan yang hampir tiba tak lama lagi adalah satu peluang yang baik untuk korang redakan ketagihan kepada nikotin.

Untuk mengawal rasa ingin merokok pada siang hari, korang boleh cuba gunakan NICORETTE® Patch sementara di sebelah malam pula biasakan untuk kunyah NICORETTE® Gum.

Produk NICORETTE® boleh didapati di seluruh rangkaian farmasi, klinik dan juga hospital tanpa memerlukan sebarang preskripsi daripada pegawai perubatan.

Tapi seeloknya korang perlu dapatkan pendapat mereka yang lebih arif sebelum cuba berhenti merokok okay? Percayalah, dengan bantuan pakar ianya lebih mudah untuk korang berhenti merokok.

Untuk info lanjut mengenai NICORETTE®, korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.

MAL15045076ARZ | MAL15045059ARZ | MAL14035012ACZ | MAL14035008ACZ | MAL14035009ACZ

KKLIU 0609/2022. Tarikh Tamat Dis 2024. Ini adalah iklan produk ubat. Produk ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jangan menggunakan produk ini jika anda mengalami penyakit jantung yang serius, ibu hamil atau ibu menyusu. Tidak boleh digunakan oleh orang yang bukan perokok. Rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakan produk ini.

SKIP THIS AD ×