berita

Tak Pernah Complain Gemuk, Gadis Tampil Langsing Selepas 5 Bulan Dengan Dorongan Teman Lelaki

June 19th, 2020 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Sokongan keluarga, rakan rapat dan teman istimewa sangat penting dalam membina keyakinan diri seseorang. Kata-kata positif yang diberikan mampu menaikkan semangat untuk tampil lebih cantik.

Seperti perkongsian individu ini di Twitter, teman wanitanya kehilangan berat badan yang ketara dalam masa lima bulan sahaja. Perbezaan ketara jelas kelihatan di dalam gambar sebelum dan selepas transformasi. Inspirasi!

Hasil selepas 5 bulan

Pengguna Twitter yang menggunakan nama Irfan Khai memberitahu ini merupakan kali ketiga teman wanitanya mencuba untuk diet. Dua kali gagal namun percubaan ketiga nampaknya membuahkan hasil.

Sebagai teman lelaki, dia tidak pernah merendahkan teman wanita sebaliknya sentiasa memberi sokongan moral, memberi semangat untuk ke gimnasium dan mengamalkan makanan sihat.

Tips diet

Selain bersenam dan jogging di hujung minggu, gadis ini mengelakkan pengambilan air dan makanan manis. Dia juga berhenti mengambil makanan bergoreng.

Sementara itu, pengguna Twitter yang lain turut berkongsi kisah yang sama apabila dia berjaya kurus dengan semangat yang tidak putus daripada teman istimewa.

Sumber : Irfan Khai

SKIP THIS AD ×