berita

Tak Pernah Cuba Dry Shampoo? Ini 3 Perkara Yang Korang Kena Tahu Tentang Produk Best Ni!

August 6th, 2020 | by Syakilla Marzuki
Kecantikan

Tak kiralah bertudung atau tidak, kami yakin semua orang pun nak rambut mereka cantik dan menawan sepanjang masa. Tapi memandangkan proses penjagaan rambut ni taklah semudah yang disangka, mesti ramai yang susah hati.

Sekarang korang tak perlu risau sebab produk penjagaan rambut jenis dry shampoo tengah trending dan laris sakan di pasaran. Nak tahu kenapa? Jom kami kongsikan 3 perkara korang kena tahu tentang produk ini!

1. Apa itu dry shampoo?

Dry shampoo ni best tau, bukan je dapat segarkan rambut korang yang berminyak, ia juga menjadikan rambut korang berbau lebih harum.

Takde siapa yang suka rambut kusut, tak bermaya, berkelemumur dan kulit kepala bermasalah. Jadi, dengan dry shampoo ia mungkin boleh membantu korang untuk hilangkan semua masalah tersebut.

Kami juga yakin dry shampoo pasti akan jadi pilihan wanita bekerjaya sebab ianya lebih cepat dan menjimatkan masa. Maklumlah, korang hanya perlu spray je dry shampoo pada rambut dan korang dah sedia nak mulakan aktiviti harian korang. Dah tak perlu habiskan masa untuk keringkan rambut, senangnya!

2. So, masih perlu cuci rambut macam biasa tak?

Dry shampoo hanya menyerap minyak dan peluh dari rambut kita, tapi ia tak membersihkan rambut seperti yang dilakukan oleh syampu. Bila dah guna dry shampoo, korang janganlah sampai tak cuci rambut pulak. Memanglah ia sangat mudah digunakan, tapi itu bukan alasan untuk korang tak mencuci rambut dengan syampu biasa ye.

Fungsi dry shampoo adalah untuk buat rambut korang rasa segar dan sihat sepanjang hari. Jadi, korang yang berhijab tu takdelah asyik tergaru-garu sebab rasa gatal kepala terutamanya bila cuaca panas.

3. Banyak pilihan & memenuhi keperluan rambut korang

Haa.. Jangan pandang rendah pada dry shampoo sebab ia ada banyak kelebihan dan memang berkesan tau! Antara fungsi dry shampoo ialah mengurangkan masalah gatal kulit kepala, kelemumur dan rambut berminyak.

Paling best, ada banyak pilihan di pasaran dan korang boleh pilih dry shampoo mengikut kesesuaian dan keperluan rambut korang.

Pening nak pilih dry shampoo yang mana? Korang cuba yang ini…

Banyak pula jenis dan jenama dry shampoo yang ada kat pasaran. Jadi, kami sarankan korang cuba dry shampoo keluaran Unilever. Mereka ada 4 pilihan produk bagi memenuhi keperluan rambut korang. Korang boleh pilih je ikut kesesuaian rambut korang.

Sunsilk Bye Bye Oil Fragrance Booster Dry Shampoo

“Alamak! Rambut berbau asap pulak lepas makan kat Seoul Garden. Macam mana ni?”

Jangan risau! Dengan Sunsilk Bye Bye Oil Fragrance Dry Shampoo, confirm ia dapat membantu menghilangkan segala bau yang tak menyenangkan tu dalam sekelip mata. Korang pula akan sentiasa rasa selesa dan segar sepanjang masa tau!

Sunsilk Bye Bye Oil Volume Booster Dry Shampoo

Untuk Sunsilk Bye Bye Oil Volume Booster Dry Shampoo ni pula, ia akan mengurangkan minyak pada rambut dan akan membuatkan rambut korang kelihatan lebih bersinar dan menawan.

Selain tu, fungsi nya adalah untuk mengatasi rambut korang yang leper. So lepasni bila dah spray dry shampoo ni confirm rambut beralun dan cantik je!

Dove Go Active Dry Shampoo

Buat korang yang aktif, work out dan berpeluh setiap hari boleh menyebabkan minyak berlebihan pada kulit kepala. Oleh itu, apa kata korang gunakan Dove Go Active Dry Shampoo! la akan menjadikan kulit kepala korang sentiasa sihat dan rambut pun akan semakin lebat dan bersinar.

Clear Scalp Care Dry Shampoo 

Haa.. Clear Scalp Care Dry Shampoo pulak sesuai untuk korang yang berhijab atau yang mempunyai masalah kelemumur. Diperkaya dengan tea tree dan pudina semula jadi ia pasti akan menghilangkan rasa gatal dan dapat menyerap minyak pada rambut korang.

Kalau korang nak tahu, tea tree memberikan manfaat seperti anti bakteria. Manakala, pudina pula dapat melegakan kegatalan pada kulit kepala. Memang gandingan yang melengkapilah!

Jom dapatkan dry shampoo sekarang!

Haa, tak perlu risau lagi tentang kesihatan dan kesegaran mahkota korang. Segarkan rambut korang serta-merta hanya dengan dry shampoo! Dah takde masalah untuk korang menggayakan rambut di mana dan pada bila-bila masa pun.

Untuk maklumat lanjut tentang dry shampoo keluaran Unilever, korang boleh layari laman web INI.

SKIP THIS AD ×