berita

Tak Pernah Paksa Anak ‘Score’ 11A SPM, Nora Harap Ibu Bapa Jangan ‘Pressure’

June 16th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa terharu apabila anaknya, Putri Nor Dahlia bakal melangkah setapak lagi ke alam pengajian. Menurut Nora, dia tidak kisah berapa banyak bilangan A yang bakal diperoleh oleh Putri dalam Sijil Pelajaran Malaysia hari ini.

Mama pula yang gementar

Keputusan SPM akan keluar. Aduhai mama pula yang nervous, bukan risau pasal berapa A yang akan dapat tapi terharu anak akan melangkah setapak lagi. Alhamdulillah Putri sudah punya plan untuk masa depan. In Shaa Allah moga dimakbulkan Allah SWT.

Ujar Nora, dia tidak kisah berapa A yang Putri peroleh dalam SPM. Ini kerana, dia tahu anaknya itu sudah melakukan yang terbaik sebelum peperiksaan tersebut berlangsung. Tambah Nora, Putri sudah mempunyai perancangan untuk masa hadapannya.

Bercerita lebih lanjut, Nora memberitahu arwah suaminya iaitu Johan tidak kisah mengenai bilangan A yang diperoleh anak-anaknya. Cuma arwah mempunyai niat agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna.

‘A’ tak semestinya penentu kejayaan hidup seseorang. Good luck kepada anak-anak yang akan ambil result esok. Kepada ibu bapa, please support anak-anak kita, jangan pressure dia orang.

Bukan pengakhiran

Terbaru, Nora dilihat menemani anaknya untuk mengambil keputusan SPM. Nora dan Putri kelihatan tersenyum sewaktu pulang dari sekolah. Meskipun tidak berjaya memperoleh 11A, Nora memberi kata-kata semangat buat Putri agar tidak berputus asa. Tegas Nora, ini bukan pengakhiran buat Putri.

Sebagai ibu, Nora memberitahu dia akan menyokong apa jua yang dilakukan oleh Putri selepas ini. Setakat ini, Nora masih merahsiakan keputusan sebenar yang diperoleh oleh anaknya. Apapun, kami mengucapkan tahniah buat Putri dan semua yang mengambil keputusan SPM hari ini!

Sumber: Nora

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×