berita

Tak Pernah Peduli Pun Kenapa Nak Masuk Campur? – Mat London Bidas Tony Fernandes & Nazir Razak Isu Boikot FFM28

August 8th, 2016 | by Ai
Kini Trending

mat london1

Isu Afdlin Shauki boikot FFM28 sebab asingkan filem ikut kategori bahasa (Melayu, Cina, India) jadi viral beberapa hari lepas. Beliau menjawab tohmahan Datuk Yusof Haslam ekoran kenyataan beliau yang meminta Afdlin ‘hormat identiti kebangsaan’. Kemudiannya beliau disokong oleh dua orang tokoh korporat iaitu Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Hangat juga isu ni sebab melibatkan sentimen kebangsaan.

Artikel Berkaitan: Isu Asingkan FFM28, Giliran Afdlin Shauki ‘Counter Attack’ Teguran Yusof Haslam

Kali ini, giliran Mat London pulak membidas. Otai lama dalam industri ni bukan setakat bidas Afdlin Shauki, tapi bidas dua tokoh korporat tu jugak. Hadoi, jadi lagi besar pulak kes ni. Jom baca!

Tak pernah peduli pun pasal industri filem

boikot2

Penasihat Industri Kreatif FINAS yang juga Sarjana Filem di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM, Dr. Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London membidas dua tokoh korporat tersohor iaitu Datuk Seri Nazir Razak dan Tan Sri Tony Fernandes. Katanya, selama ni pun diorang tak pernah peduli pasal filem tanahair, kali ni kenapa nak setuju tak tentu pasal? Macam nak raih publisiti pulak.

“Tak perlulah nak tumpang hangatkan keadaan, baikilah apa yang berada di tempat kamu seperti servis untuk penumpang  AirAsia dan khidmat pembiayaan di CIMB. Saya cakap macam  ini sebab setahu saya dua individu ini langsung tidak pernah sokong industri filem Malaysia dari segi  korporat menerusi  syarikat masing-masing, sama ada  tajaan FFM atau bantu karyawan filem. Tak pernah saya dengar AirAsia dan CIMB beri penajaan untuk membantu  FFM atau industri  filem kita.

Tak layan buat loan, tiada diskaun tiket

boikot5

Menurut Mat London lagi, dah banyak sangat rungutan orang industri bila nak buat loan untuk filem, lagi-lagi melalui CIMB. Itu belum lagi diskaun tiket kapal terbang sambil nak promosi sekali syarikat diorang.

“Saya pernah dengar rungutan  ada orang industri nak buat pinjaman di CIMB untuk projek filem, mereka tidak dilayan, tapi nasib baik Maybank layan. Ini cerita benar. Pernah berlaku ada pihak produksi  minta diskaun tiket kapal terbang daripada AirAsia untuk ke destinasi tertentu, bukan nak minta free tetapi minta diskaun sikit, namun malangnya permintaan mereka  tidak dilayan oleh AirAsia, syarikat milik Tony tu.”

“Sekarang Tony dan Nazir begitu ambil berat  pasal FFM. Saya terharu… tetapi tidak perlulah nak sibuk masuk campur dalam isu  FFM sekarang,”

Hormati ‘Dasar Perfileman Negara’

boikot4

Berikutan isu FFM28 mengasingkan kategori filem, Mat London ada jawapan munasabah. Ia sememangnya dah jadi syarat wajib dalam Dasar Perfileman Negara dan juga atas dasar semangat identiti perfileman nasional, bukan main suka-suka letak.

“Kena faham isu ini terlebih dulu, jangan sedap mulut saja cakap. Kena hormati peraturan yang kita buat, kita ada dasar, peraturan dan akta yang termaktub…termasuk syarat penyertaan  FFM. Kita ada identiti nasional menerusi filem nasional dan bahasa nasional .

“Tony dan Nazir sebenarnya tidak faham pokok pangkal isu ini tercetus. Fahamilah dan kaji dulu kenapa ia tercetus. lagipun segelintir saja yang tidak puas hati. Mereka yang tidak puas hati itu kita tahu sebab-musababnya,”

Persatuan Seniman dah ada, kenapa perlu yang lain?

boikot6

Menurutnya lagi, kalau nak ikutkan isu ‘rasis’, dah banyak persatuan perfileman dibuat berdasarkan kaum seperti Persatuan Produser Filem Cina Malaysia, Persatuan Artis Cina Malaysia, dan Persatuan Artis India Malaysia. Tapi, Persatuan Seniman Malaysia dah ditubuhkan mewakili semua golongan, so kenapa kena ada persatuan kaum lain pulak?

“Dalam GAFIM pun lagi mengejutkan, ada Persatuan Videografi India Malaysia. Tidak ada pula saya dengar ada Persatuan Artis Melayu Malaysia, atau Persatuan Produser Filem Melayu Malaysia, atau Persatuan Jurukamera Melayu. Mungkin Afdlin Shauki tidak perasan kot?”

Sumber: Tabloid Seni

SKIP THIS AD ×