Pelakon Abby Abadi menyifatkan Ahmad Aslam tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menantu selepas berkahwin dengan anaknya, Marissa Dania.

Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Pernah Bagi Amaran, Tampar Aslam – ‘Selama Ini Saya Diam’

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Nafi Aslam Datang Minta Maaf – ‘Cuba Terangkan Masa & Keadaan Bila?’

Tak pernah rasa ada menantu

Menurut pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 48, walaupun anaknya sudah berkahwin namun dia tidak pernah rasa seperti mempunyai menantu.

Abby turut meminta supaya orang ramai tidak menyamakan dirinya dengan bekas suaminya, Norman Hakim kerana selama ini dia yang membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Abby meluahkan isi hatinya di Instagram Story (IGs) baru-baru ini.

Sejujurnya saya tak pernah rasa seperti sudah ada menantu, tak pernah sebab memang tiada pun.

Jangan samakan saya dengan dengan Norman sebab saya yang jaga anak-anak dari kecil.

Anak itu ditinggalkan dengan saya macam itu sahaja. Makan, minum, pakaian dan tempat tinggal saya uruskan sendiri.

Jadi memang tidak sama bila jaga dengan yang datang jumpa sekali sekala macam orang luar.

Enggan mengulas

Menjelaskan lebih lanjut, Abby berkata dia enggan berkongsi lebih lanjut tentang perkara yang terjadi namun berharap netizen tidak terus menghukum berkenaan perkara yang berlaku.

Tidak perlu nak cakap saya mak mentua redflag ke apa. Lalui sendiri nanti.

Dua tahun sudah berlalu tiada apa yang diperbetulkan.

Tak dapat nak kongsi semua tapi kalau tak tahu jangan terus menghukum.

Perang media sosial antara Abby dan Aslam tercetus apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Sumber: Instagram