berita

Tak Pernah Senyum & Pakai Rantai Salib Semasa Parti Hari Jadi, Netizen Persoal Agama Anak Shah Rukh Khan

June 5th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Anak kepada pelakon, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan mencuri perhatian ramai sewaktu hadir ke parti ulang tahun kelahiran pengarah popular, Karan Johar. Aryan menjadi tumpuan kerana memakai seutas rantai leher berbentuk salib.

Bukan muslim?

Di Instagram, rata-rata netizen mempersoalkan sama ada Aryan mengikut agama ayahnya ataupun tidak. Tambah netizen, muka Aryan kelihatan sangat serius sepanjang menghadiri majlis tersebut. Ujar netizen, kalau wang tidak boleh membeli kebahagiaan, setidak-tidaknya senyumlah.

Terdahulu, isteri, Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan memberitahu anaknya akan mengikut fahaman agama Shah Rukh Khan iaitu Islam. Oleh itu, tindakan Aryan memakai rantai tersebut telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminat dan mereka mahukan pengesahan daripada Aryan mengenai isu tersebut.

Komen netizen

Sumber: Pink Villa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×