berita

Tak Puas Hati Guru Dorong Anak Masuk Islam, Ibu Buat Laporan Polis

February 9th, 2023 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Bengang dengan tindakan seorang guru lelaki mendorong anak lelakinya memeluk agama Islam, seorang ibu nekad membuat laporan polis.

Artikel berkaitan : Pengetua Umur 50 Tahun Maut Di Bilik Hotel, Selepas Lakukan Hubungan Intim Dengan Guru Wanita

Artikel berkaitan : Pengetua Umur 50 Tahun Maut Di Bilik Hotel, Selepas Lakukan Hubungan Intim Dengan Guru Wanita

Artikel berkaitan : Guru Lelaki Sebar Video & Foto ‘Nakal’ Guru Perempuan Dalam WhatsApp Sekolah

Dorong pelajar masuk Islam

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, laporan berhubung isu terbabit dibuat oleh seorang wanita warga tempatan.

Wanita tersebut melaporkan, seorang guru lelaki telah mendorong anak lelakinya yang berusia 15 tahun memeluk agama Islam.

Akibat tidak berpuas hati tindakan guru itu, ibu pelajar tersebut tampil membuat laporan polis.

Tambahnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A dan 505(b) Kanun Keseksaan.

Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Dalam pada itu, Zam Halim turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes terbabit.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×