berita

Tak Puas Hati Kena Patuk, Lelaki Gigit Balik Ular Tedung Sampai Mati. Siap ‘Kalung’ & Bawa Berarak!

September 14th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki yang tidak berpuas hati selepas dipatuk seekor ular tedung bertindak luar jangkaan menggigit semula reptilia berbisa itu sehingga mati di kampung Darada di Bengal, India, pada Selasa.

Guna ilmu sihir buang bisa

Memetik laporan Daily Star, lelaki itu yang merupakan seorang pesawah padi sedang mengumpul rumput untuk memberi makan kepada lembu peliharaannya sebelum dipatuk ular berkenaan di bahagian kaki.

Berbeza dengan individu lain yang mungkin hanya akan melarikan diri, lelaki terbabit bahkan berasa tidak puas hati dan ingin membalas dendam, lalu menggigitnya hingga mati.

Selepas berjaya membunuh reptilia tersebut, lelaki tersebut melilit haiwan itu pada bahagian lehernya seperti memakai rantai kemudian dibawa berarak mengelilingi bandar dengan penuh bangga.

Kami melihat dia menaiki basikal dengan ular tedung mati di lehernya dan ia sangat menakutkan.

Menurut laporan Sambad English, lelaki tersebut bukan sahaja tidak merasa sakit, malah mendakwa telah menghilangkan bisa ular tedung itu dengan ilmu sihir.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×