berita

Hos Steve Harvey Salah Umum Lagi, Pemenang Sebenar National Costume Adalah Filipina

December 9th, 2019 | by faris
Kini Trending

Ratu cantik Malaysia Shweta Sekhon membawa nama negara ke Miss Universe 2019 yang berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat pada Ahad. Apa yang menarik perhatian adalah national costume yang diperagakannya kali ini yang bertemakan Nyonya Indulgence ke pentas berprestij itu.

Salah umum pemenang

Namun, ada sedikit insiden kurang menyenangkan apabila skrin paparan LCD di belakang pada mulanya menunjukkan imej ratu Filipina sebagai pemenang. Bagaimanapun, Shweta membetulkan kesilapan itu dengan memaklumkan negara sebenarnya yang mewakili Malaysia.

Steve bagaimanapun mengatakan perkara itu bukan kesilapannya namun masalah teknikal yang sedang dibaiki oleh pihak produksi.

Miss Universe bagi tahun ini dimenangi ratu Afrika Selatan, Zozibini Tunzi menewaskan 90 peserta lain yang mewakili negara masing-masing dalam acara tahunan itu.

Pemenang sebenarnya..

Sejam lalu, Twitter rasmi Miss Universe telah membetulkan kesilapan berkenaan dan mengisytiharkan ratu Filipina, Gazini Ganados sebagai pemenang national costume dan bukan Malaysia.

Sumber: Twitter, Miss Universe

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.