berita

Tak Putus Asa Melawan Penyakit Leukaemia, Kanak-kanak Comel 7 Tahun Ini Perlukan Bantuan Kita Semua!

November 17th, 2022 | by Aliff Haikal
Kini Trending

Anak cilik, Dranix Khoo, menderita penyakit Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL) sejak umurnya 5 tahun dan mula menjalani chemotherapy di University Malaya Medical Center (UMMC) dari Julai 2020.

Ketika menjalani rawatan chemotherapy pada April 2020, simpton leukemia berulang mengakibatkan Dranix menghidap demam panas berterusan dan sakit pada lengan, kaki dan rusuk kanannya.

Doktor merumuskan Dranix perlu jalani terapi Chimeric Antigen Receptor T Cells Therapy (CAR-T) yang hanya boleh dilakukan di University Hospital (NUH) di Singapore.

Keluarga beliau cekal dan tidak putus asa mencari rawatan terbaik bagi anak Dranix

Menurut ibu Dranix, Jaclyn, seorang ibu tunggal, mereka telah mendapat pelbagai bantuan daripada keluarga terdekat bagi membiayai kos rawatan dan mereka telah menggunakan sepenuhnya kewangan mereka.

Kenaikan harga rawatan menyebabkan keluarga beliau tiada pilihan selain bergantung pada ihsan orang ramai bagi membantu mereka.

Melalui platform Give.asia, mereka berjaya meraih sebanyak SGD 268,800 (RM903,453), memberi Dranix peluang untuk dirawat di NUH untuk proses rawatan pertama.

Sejak 8 Ogos 2022, Dranix menjalani rawatan dan perlu dipantau oleh doktor kerana sistem imun yang rendah menyebabkan kos perubatan diperlukan semakin tinggi.

Mari kita bantu Dranix lawan Leukemia dengan menderma di Give.asia!

Kini pihak rawatan hospital telah berjaya kumpulkan sel T imun Dranix untuk melakukan rawatan CART CD19 dan CD22. Dranix perlu menjalani remisi yang lebih rendah sebelum menjalani rawatan CAR-T pada bulan November 2022.

Keluarga beliau perlu meraih sebanyak SGD 394,204 (RM1.27 juta) bagi mencapai target bagi membiayai kos rawatan ini.

Jadi, mari kita sama-sama bantu Dranix untuk melawan penyakit Leukemia dengan menderma di link ini!

SKIP THIS AD ×