berita

‘Tak Rasa Bersalah Ke?’ – Jururawat Tegur Ramai Salah Guna Glove, Protect Diri Sendiri Tapi..

March 26th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Penjagaan kebersihan di saat penularan wabak COVID-19 adalah sangat penting. Orang ramai dinasihatkan agar kerap mencuci tangan, memakai mask dan sarung tangan serta memakai cecair pembasmi kuman ketika terdedah kepada umum.

Namun, ramai tidak tahu sebenarnya penggunaan sarung tangan ketika membeli belah mengundang risiko kepada orang lain. Menerusi perkongsian Azyan Rosli, dia menegur orang ramai yang menggunakan sarung tangan dengan cara yang salah. Menurutnya;

Kau protect diri kau sahaja

Gloves abuse is everywhere.

Cukup sakit mata bila setiap kali saya lihat staff pakai glove sambil pegang pen dan menulis, pakai glove dan angkat telefon. Pkai gloves dan tolak troli ubat terus bagi ubat kepada pesakit. Pakai glove dan tekan lif, pakai glove dan pegang tombol pintu, pkai glove dan buka file pesakit. Cukup sakit mata dan hati.

Itu dulu.. 3-4 tahun dulu. Sejak saya dan sahabat saya Haryany Yanie buat clinical audit glove (research kami pada 2019- tapi tak menang hihihi) perkara yang menyakitkan mata dan hati dah makin kurang. Malah dah takde nampak staff practice macam tu lagi.

Sekarang, benda yang sama saya nampak lagi. Bukan di area klinikal, tapi di area yang langsung BUKAN KLINIKAL.

J**** p****, minggu lepas.. Sorang wanita saya lihat pkai sopan. Baju kurung, tutup aurat cantik. Pkai facemask. Sambil drive saya dah nampak dia pkai latex gloves. See.. Pegang stereng kereta dengan glove. Sy assume masih bersih lagi itu gloves. Then dia park, ambil troli. Pilih ikan, sayur, barang-barang kering. Dengan gloves yang sama, kemudian beratur dan bayar, masih pkai gloves yang sama. Saya pandang dan jeling je, bukan tak mahu tegur. Bcoz (i know me.. Kalau tegur orang, nada like marah, takut aibkan dia). She drive home with a dirty gloves!!!

Kenapa. Tak boleh ke pkai glove macam tu? Of course tak boleh bai! Kau just “protect diri kau” sahaja, where else, orang lain are exposed with what have you touched. Bahasa kampungnya… Kuman dari ikan, atau mana-mana surface, kau pegang dan kemudian kau pindahkan bila kau pegang troli pulak. Kuman tu dah lekat kat troli, sedangkan kau masih rasa tangan kau dalam glove tu masih bersih, kan bai!!

Bawa sabun, sanitizer

Sekadar gambar hiasan

(lokasi rahsia) Maaflah acik sound sorang dari staff korang. Rasa bersalah sebab tak tegur minah kat J**** p**** aritu, membuat saya terus tegur staff korang. Tertebus jugak rasa bersalah tu…

Pakai glove warna biru, tapi hujung-hujung jari gloves tu dah kepam, hitam. Kau pakai gloves, dan  1 terima wang dari customer. 2 Tekan keyboard, 3 tekan skrin dengan glove kepam kau. 4 Pulangkan baki. 5 Ambil kad mesra dan swipe, 6 pulang kepada customer. Berapa movement tu???

Customer ambil wang baki, sumbat dalam wallet. Ambil kad mesra, letak dalam kereta… Perghhhhh… Tak rasa berdosa ke bro? Bos tolong educate staff anda. Banyakkn membaca. Banyak research pasal gloves abuse. Google dan baca.

Sorry kalau akak sound staff korang semalam. Sentap sentap la. Dari kau aniaya orang lain bai. Jangan sesekali rasa tangan yg di dalam gloves getah yg kau sarung itu bersih ye. Plis! Even belon getah pun jika ditiup dan dibiarkan, akan kecut jugak. Sebab ada liang-liang halus untuk udara keluar bai. Apatah lagi gloves yang kau sarung. Virus, bakteria kalau nak masuk lalu celah-celah liang2 halus tu, boleh nau-nau.

Baru-baru ni, sejak-sejak pandemik covid-19 ni melanda, ada pulak yg menyarankan “pkai glove” jika nak keluar beli barang di pasar. Oh no man!! Aku tak tau la nak setuju ke tak. Aku staff klinikal. Aku infection control nurse. Aku seriously tak setuju. Keluar beli barang jika rasa ianya sangat perlu. Jika tak perlu, jangan keluar.

Bawak sabun dalam bekas kecil, atau sabun buku dettol tu jika tuang minyak. Lepas tuang, tanggalkan kereta kejap, pergi kat paip dan basuh tangan 15-20 saat. Dengan gosokan kuat! Bukan gosok2 manja..

Atau sediakan hand sanitizer. Sebelum masuk kereta, buat handrub betul2. Kalau ada antibacterial wipes, wipe dulu pembukak pintu kereta tu sebelum nk buka pintu.

Selepas selesai, buang & cuci tangan

Sekadar gambar hiasan

Geng! Sekarang virus Covid19 ada di mana-mana. Kita kena ada rasa paranoid sikit dlm hati kita. Jangan org suruh pakai glove, kita pun pakai glove, tanpa ambil tahu impaknya. There are a certain time where you need to use gloves. Contoh nak cuci atau tukar diapers org yg kita jaga. Pakailah gloves. Lepas siap, buang dan basuh tangan. Nak angkat sampah dari longkang.. Pakailah gloves. Lepas selesai, buang dan cuci tangan.

BUKAN TAK BOLEH PAKAI LANGSUNG. TAPI KENA CARA DAN MASANYA.

Kesian tau orang2 yang sentuh tempat yg kita dah pindahkan kuman ke situ… Tak rasa bersalah ke? Jangan pelik jika kt akhirat nanti, kita dituduh “pembunuh” dgn perbuatan yg kita tak sedar masa kt dunia… Wallahualam.

#SayNoToGlovesAbuse
#ICN_menulis
#hidupBeriManfaat
#DontBeAKiller

Sumber: Azyan Rosli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×