berita

‘Tak Rela Filem Mengenai Kami. Memalukan’ – Marina Mahathir Tak Setuju Filem Tentang Tun M

November 13th, 2019 | by faris
Kini Trending

Sebuah filem yang bakal menceritakan perjalanan politik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dijadualkan akan mula menjalani penggambaran pada 15 Disember ini. Anak Tun, Marina Mahathir bagaimanapun mempunyai padangan berbeza mengenai filem Mahathir: The Journey itu.

Tiada sokongan kami

Filem biopic menceritakan suka duka pemerintahan Tun M sebelum meletak jawatan dan kembali menggalas mandat pada Pilihan Raya Umum lalu itu walaubagaimanapun tidak disokong Marina. Perkara itu dimaklumkannnya menerusi Twitter, malam semalam.

Tiada sokongan daripada mana-mana kami berkenaan ini.

Tweet berkenaan dipetik dan balasan laporan sisipan akhbar The Star, StarLifestyle yang melaporkan berkenaan filem tersebut.

Pejabat Perdana Menteri dengan keluarga lain

Walaupun laporan The Star menyebut filem berkenaan mendapat persetujuan Pejabat Perdana Menteri, namun Marina mengatakan persetujuan tersebut tidak sama dengan kebenaran keluarga mereka.

Tak rela ada pihak buat filem

Ujar Marina lagi, keluarganya tidak rela mana-mana pihak membuat biopic, muzikal, kartun atau apa sahaja mengenai mereka kerana menganggap perkara itu memalukan. Jika produksi masih bertegas, dia meminta produksi mengelak mereka menonton hasilnya.

Lain dengan M for Malaysia

Marina membalas komen pengguna Twitter yang seakan memerlinya kerana filem sebelum ini M for Malaysia turut membabitkan Tun. Terangnya, M for Malaysia adalah dokumentari mengenai Pilihan Raya Umum 14 dan bukan mengenai watak dilakonkan pelakon.

Sumber: Marina Mahathir, The Star

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×