
Pelakon, Fazura tampil memberi pandangan berhubung isu netizen yang mengkritik cara ibu bapa membeli pakaian untuk anak.
Artikel Berkaitan: Fazura Segera Maafkan Lan Pet Pet – ‘Mencapai Redha Allah SWT Adalah Lebih Utama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lan Pet Pet Dikecam, Didakwa Buat Lawak Lucah Terhadap Fazura – ‘Biadab & Kurang Ajar!’
Tak salah

Menerusi komen di Threads, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkongsi harga baju yang murah bukan satu masalah, asalkan ia berkualiti dan membuatkan anak gembira memakainya.
Tegasnya, yang perlu diperhatikan adalah sikap sombong dan suka menghakimi orang lain.
Tidak ada salah dengan RM15 daripada TikTok selagi baju itu elok untuk anak pakai dan dia happy.
Yang buruk ialah sifat sombong syaitan yang bercakap tanpa memandang diri sendiri.
Sebelum ini, personaliti media sosial, Andika Putera memuat naik hantaran memaparkan seorang individu mempertikaikan pemakaian anaknya yang dilihat tidak berfesyen seperti bapanya.
Menurut Andika, dia tidak kisah sekiranya dirinya dikritik namun tidak akan berdiam diri jika anaknya menjadi sasaran kecaman orang ramai.
Sumber: Threads








