berita

‘Tak Salahkan Kalau Takda 6A Tapi Letak IG?’ – Shiera Bangga Result UPSR Anak

November 21st, 2019 | by faris
Kini Trending

Sebagai ibu bapa, sudah tentulah keduanya mengharapkan keputusan terbaik dicapai anak masing-masing apabila menduduki peperiksaan. Namun bagi pelakon Sharifah Shahirah, dia lebih terbuka dengan apa juga keputusan diterima anaknya Airra Zulkifli.

Kongsi keputusan di Instagram

Menurut Sharifah Shahirah atau Shiera, dia tidak merasakan anak-anak perlu mencapai keputusan semua A untuk ibu bapa meletakkan keputusan di laman sosial. Malahan,  Shiera turut berkongsi keputusan Airra yang memperoleh 2 A, 1 B, 2 C dan 1 D di laman sosialnya sebentar tadi.

Tak salahkan kalau takde 6A tapi letak kat IG? Sebab kang ramai tanya, haaa senang. Tahniah yang dapat 6A, ibu penat berdoa, nangis.

Tambahnya lagi, dia mendedahkan anaknya itu seorang yang lambat menerima pelajaran atau slow-learner dan sempat berterima kasih kepada guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar anaknya itu.

Kami pun penat nangis, ikut mak slow learner. Tak paham-paham bila cikgu cakap. Thank you teacher SK Taman Melawati.

Tetap bangga

Ujarnya lagi, tiada apa yang perlu dirahsiakan walaupun keputusan diperoleh tidaklah secemerlang anak orang lain. Sebagai orang tua, dia berbangga dengan si anak dan kekal positif dengan pencapaian tersebut.

Jadi, ini cara saya. Bagi saya, tidak ada apa yang perlu dirahsiakan. Malah, tidak salah pun kalau kita berkongsi meskipun keputusan ini tidak cemerlang seperti anak artis lain.

Sebagai ibu, saya tetap bangga dengan anak. Saya tak marahkan dia. Saya positif dengan keputusan ini. Saya tahu dia sudah berusaha dan ini adalah hasil serta rezeki yang diberikan.

Sumber: Shiera Ijoy, Harian Metro

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.